Selepas "melarikan diri" dari lapang sasar...aku dan Teacher terus menuju kerumah beliau....pergi meninggalkan harta rampasan sebentar tadi. Bila tiba dirumahnya aku lihat Teacher dengan sepenuh kekuatan memikul harta rampasan tersebut. Kemudian kami berdua pun meneruskan perjalana kami kedestinasi seterusnya...iaitu Muzium Padi yang terletak dinegeri Kedah kira-kira lebih 30 km perjalanan.
Teacher mengambil tugas sebagai pemandu manakala aku pula bertindak sebagai wingmen yang bercita-cita tinggi untuk tidur....sebab ngantukkkkkk sangat makan durian...tapi hasratku terbantut..kerana mulut Teacher yang pot-pet..pot pet dari tadi membuatkan tak senang duduk...jadi layan sajalah...nanti kalau aku tidur pula..buatnya dia tidur sama...lagi parah....
Stelah hampir 20 minit berlalu..kami pun masuk menyusuri jalan menuju ke Gunung Keriang....ditengah-tengah sawah kelihatan satu bangunan yang menyerupai seperti bekas padi..berada ditengah-tengah sawah dan dibelakangi oleh Gunung Keriang....memang cantik...menarik...tertarik....tapi tak kena bom....hmmm dan aku lihat juga ramai orang disana...mereka terdiri daripada pasukan Treasure Hunt....mungkin disini menjadi tempat checkpoint untuk mereka mencari clue dan melakukan sesuatu...pasti hebat.

Sebaik sahaja kami nak masuk ke pintu utama..kami dihalang masuk kerana kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan....kami diminta menggunakan pintu belakang...kami pun loh leh..loh leh...pergi kebelakang...sampai disana kami lihat para peserta Treasure Hunt sedang...menyelesaikan permainan yang diberikan....ikutkan hati nak pergi kutuk....tapi sebab dah panas sangat..tak jadilah nak buat camtue.kami terus masuk kedalam muzium....bayaran dikenakan kepada kami berdua ialah RM8.00 termasuk dengan kamera....

Disitu terdapat beberapa pegawai yang sememang bersedia untuk membantu para pengunjung dengan memberi beberapa penerangan kepada pengunjung....soalan pertama yang keluar dari mulut aku ialah.."Kenapa saya tak boleh masuk ikut depan..?" soalanku dijawab dengan lemah lembut dan professional.."Kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan bagi menerima kunjungan KDYMM Tuanku Sultan Kedah serta pembesar negeri.." Wow...pantas...hebat...tak payah aku sergah...dah pun dijawab dengan baik...Syabas!!!!!!! Inspector Sahab.... Lalu kami diminta mengikut pegawai yang sedang menunggu di pintu gua....untuk naik keatas...

Naik gua!!!!!!!!!!!! Hmmm..hebat...macam cerita Nujum Pak Belalang rasanya plak...setelah mendaki "gua" tersebut....kami pun tiba di puncaknya...... Wahhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!! aku terpegun dengan suasana yang berada disekelilingku.....di "puncak" ini..aku lihat ramai orang dan pelajar sekolah sedang menikmati keindahan alam yang menakjubkan. Kami seolah-olah berada diatas puncak bukit yang disekelilingnya ialah sawah padi..serta...kampung.

Disediakan juga kerusi yang mana platformnya akan berputar mengelilingi platform tersebut....memang asyik....sehinggakan kami tak mahu turun lagi kebawah...semua lukisan cukup detail dan nampak seperti ianya hidup....hinggakan terdapat lukisan yang menggambarkan keadaan kenduri kendara serta majlis keramaian sedang dijalankan. Dari atas aku lihat memang tidak ada sedikit pun kecacatan pada lukisan disini....hmmm siapalah yang melukisnya....kalau nak suruh aku lukis.....alamatnya..penuh dengan "The Saint" aje....hehehehe

Teacher pula asyik bertanya padaku..."Nak turun ka?" aku jawab "Sat...tak abih lagi...tengah dok layan nie..." Hmmm aku rasa amu platform tue dah pusing 3 kali....kami berdua duduk bersandar aje kat kerusi tue....engkau tengok aku...aku tengok engkau...pastue...Hahahahaha...tulah kerja kami dua orang kat atas tue.... Habis saja melayan susana diatas bukit..kami pun turun kebawah...melihat bahan pameran yang seterusnya...

Memang layan...kalau tak mai tengok...rugi.....























Tanpa disuruh serta segan pilu....kami semua pun memakan juadah yang telah disediakan...tanpa perlu menunggu arahan yang bakal diberikan....asal sebut makan...tak payah suruh...semua laju saja....tuan punya buah pun...dia orang tak pelawa...aku lihat Dato' diam aje....mungkin dalam hati dia berkata begini "Kotlah nak kata terima kasih....sebab sponsor buah...ini..habuk pun tarak.." Hehehehe.... aku pun terus tegur Dato' ucap terima kasih...serta bertanyakan beberapa soalan cepumas....sebagai contoh.."Banyak ke buah hari ini Dato'...?"...alasan bertanya sebab sebelum balik nak minta 2-3 biji nak bawa balik....Hehehehe. Jangan Dato' terbaca blog nie sudah....kantoiiiiiiiii

Kami semua pun duduklah menjamu selera....hidangan yang tak seberapa ini...sementara memulakan acara menembak. Dari satu biji...ke satu biji durian dibelah....tapi tak habis-habis..kerana asal 3 guni habis saja..nanti ada lagi 3 guni sampai....hmmm..kalau macam..nie..mau satu dusun habis.... semuanya macam ikan piranha....letak aje....ngap...licin... takut aku nengoknya....aku yang satu pinggan nie pun...terkial-kial nak habis....diaorang...ishhh...tak tau aku nak cakap apa....boleh senyum ajelah....








Kemudian aku ke pentas utama....haaaaa...ini yang paling best...sebab ramai awek-awek Bank Rakyat sedang sibuk menyiapkan pentas.....Ada yang sedang tiup belon...susun hadiah...atur kerusi....dan lain-lain lagi.... Bila lihat saja aku sibuk snap gambar...kemudian aku disapa oleh salah seorang dari mereka...dia minta aku ambil gambarnya.....then ramailah yang datang menyibuk bila aku ambil gambar nie. Tidak kurang juga yang bagi pose-pose..yang boleh meluruhkan iman...fuhhhhhhhhh....dasyatttttttttt..... Ada juga yang bertanya...aku nie reporter ke tak.... Aku jawab...aku nie dari Nick di 9.... terkebil-kebil bila dia orang dengar jawapan aku.









Kemudian beliau terus menuju kepentas utama diiringi oleh Wakil penduduk kampung, Pengurus Besar Bank Kerjasama Rakyat Wilayah Utara, Pengerusi Baitulmal Negeri Perlis serta tetamu terhormat yang lain. Acara dimulakan dengan tanpa sebarang gangguan serta masalah.

Kami pun....makan lagi....rezeki jangan ditolak....musuh jangan dicari.... selepas majlis berakhir...aku serta rakan-rakan yang lain duduk lepak hinggalah pukul 3.oo petang...kemudian kami semua pun bersurai...memang letih sangat aku pada petang tersebut.....sampai saja dirumah rehat diatas disofa.....sedar-sedar aje aku dah pun recording (zzzZZZZZ)...