24hb October 2006 - Hari Raya Aidil Fitri - Pt 1

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Pukul 6.00 pagi. Aku bangun sembahyang subuh. Ya..hari nie Hari Raya...suatu perkataan terungkap didalam hatiku. Selepas solat subuh, aku keluar di hadapan rumah merenung ke arah langit melihat bintang-bintang berkelipan. Suasana di luar rumah sungguh dingin dan berkabus. Rumahku terletak jauh didalam kebun buah-buahan, getah dan sawah padi. Namun ia tetap dilengkapi dengan kemudahan awam iaitu tenaga elektrik dan hubungan telefon mudah alih. Disini kami hanya menggunakan air perigi untuk kegunaan harian, tetapi untuk air minuman kami akan membelinya (mineral water) atau mengambil dari rumah nenekku.

Kami tinggal didalam pondok kecil yang dahulunya digunakan oleh penoreh getah untuk berteduh dan rehat selepas memproses getah-getah yang sudah di toreh. Aku suka akan persekitaran sekarang dan mungkin dalam masa yang terdekat, aku akan pulang kesini.

Selepas mandi, aku pun bersarapan bersama ibuku, sementara adik-adiku bersiap didalam bilik. Bapaku pula dari awal lagi sudah bersiap dan sedang duduk didalam kereta memanaskan enjin. Aku difahamkan sembahyang sunat hari raya akan dimulakan pada pukul 8.30 pagi jadi kami perlu segera ke Arau untuk solat disana iaitu kira-kira 20 minit dari sini. Jam sudah menunjukkan pukul 7.50 pagi.

Tanpa membuang masa..aku dan adikku yg ke 4... bergerak dahulu ke rumah nenekku, manakala adikku yang bongsu akan menyusul bersama-sama ibu bapaku kemudian.

Jalan Raja...nama yang begitu sinonim buatku...jalan yang membawa ku kerumah nenekku. Sampai saja dirumah nenekku aku lihat ramai anak-anak saudaraku sedang bermain diluar.Riuh rendah suara mereka membuatkan aku rasa sedih dan terharu kerana setelah sekian lama akau tak bertemu dengan mereka. Mereka begitu gembira setelah melihat aku turun dari kereta... menjerit-jerit mereka memanggil namaku...

Aku hulurkan tangan....tanganku dicium...aku dipeluk...aku tau mereka sayangkan aku...hatiku tersentuh.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Syukur saya kehadrat Ilahi kerana masih lagi berpeluang menulis didalam ruangan blog ini.

Teman-teman yang saya muliakan,
Didalam bulan Ramadhan yang mulia ini, dengan saya rendah diri ingin mengambil kesempatan memohon jutaan kemaafaan samada disengajakan mahu pun tidak baik dari segi zahir dan juga batin.

Kadangkala kita terlupa bahawa kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan walaupun kita hanya menganggap ianya adalah kesilapan kecil, tetapi sebaliknya tanpa kita ketahui kesalahan tersebut di akhirat dosanya sangat besar. Ampunkanlah kesalahan saya.

Teman-teman yang saya muliakan,
Ramai dikalangan anda pada zahirnya sahaja mengenali diri saya , mahu pun didalam ruangan web, melalui perbualan telefon ataupun bertemu dengan saya. Terus terang apa yang teman-teman lihat pada diri saya itulah sifat semula jadi diri ini. Tiada lakonan atau sandiwara, “Aku adalah aku”… Jadi janganlah pula tersalah anggap bahawa apa yang anda lihat hanyalah sandiwara semata-mata. Salah satunya ialah usik-mengusik.

Prinsip saya didalam kehidupan salah satunya ialah tidak mengkhianati teman-teman atau memusuhi mereka sebaliknya menjadikan mereka sebagai salah satu ahli keluarga, kerana selepas keluarga sendiri kemanakah lagi tempat kita mengadu nasib baik berita gembira mahupun sedih.

Akhir sekali andai kata jika ditakdirkan kita tidak bertemu lagi, sekali lagi dari anda sekalian saya minta ampun dan maaf dari hujung rambut hinggalah kaki. Halalkan makan dan minum. Saya doakan kesejahteraan teman-teman sekalian disamping keluarga tersayang. Semoga ALLAH SWT Lanjutkan Usia Anda Sekalian, Di Murahkan Rezeki dan Di Jauhkan Dari Perkara-Perkara Yang Buruk …..AMIN….- I Love You.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri”


Ikhlas,

Syed Zaimuddin Syed Ahmad

Ahad, 8hb Oktober 2006


Batuk....
Sejak kebelakangan nie aku asyik batu saja. Mungkin sebab keadaan berjerubu diluar sana. Aku lihat keluar...keadaan berkabus... jam baru masuk dekat pukul 6.00 pagi. Malam tadi aku call adik aku yg sorang tue FC...tapi seperti biasa, susah betul nak angkat phone...kalau angkat pun...pot pet pot pet macam anak burung..... aku dengar aje...

Aku sahur tadi hanya makan roti pisang je....datuk sedara aku AWOL entah kemana...aku tak kisah sebab dia dah tua..nak kata kena culik possibility tue kuranglah sikit..sebab jarang orang nak larikan orang tua...kalau anak dara lainlah cerita.

Lepas tue aku mendobi sekejap sementara masih awal lagi....adalah sedikit baju dan seluar aku cuci. Sesambil tue aku tengok TV...(sempat lagi tue).

Abis aje mendobi...aku rilexs sampailah pukul 11.30pg... Aku dah mula rasa boring... aku mandi...dan lepas tue..aku bersiap...untuk keluar... Tau tak aku kemana..? Aku ke One Utama... jalan-jalan disana....pergi sorang je....

Dalam pukul 12.00 tgh aku keluar dari rumah...sampai disana...mak oiiiiiiiiiiiiii punyalah ramai orang.... Parking plak..FULL aje.... adelah dekat 15 minit aku round carik parking..punyalah susah. Tengah aku mencari-cari....tetiba je aku nampak old chinese couple tegur aku....dia tanya "Are you looking for a parking space..?" mak oiiiiiiii speaking london.... macam tau aje aku nie dari "Paris" (Perlis bukan nama sebenar). Aku pun menjawab "Yes, Uncle.." pastu dia jawab..."Please follow me.." Aku pun drivelah seslow yang mungkin ikut dia orang menuju kekereta.... Fuh yoooooooooo.... dia bawa kereta besar....bukan lori tau...tapi kereta bintang tiga tue.... ishhhhhhhhh.... kalau dia ada anak pompuan....sanggup aku jadi menantu dia orang...aku pun apa pagi terus bagi signal.... lepas dia orang keluar aku pun masuk kedalam parking tue... dengan berasa bangga.....sebab dapat parking.

Tapi seperti biasa....aku nie "jahat" sikit... lepas masuk aje dalam parking..aku masuk gear reverse...aku undur sikit...saja jer...nak test power....seperti biasa....banyak kereta pecut bagi signal...ingat aku nak keluar. Pastu aku masukkan balik kereta aku...Dengan semacho mungkin..kunci kereta dan terus jalan... sambil tue aku jeling pada dia orang...nampaklah mulut kumat kamit membaca mentera semerah padi.... jahat tak aku nie..?

Sampai aje kat dalam tue...aku terus merayap....masuk kedai..keluar kedai..tapi tak beli apa pun. Then aku pergi main bowling....main sorang-sorang.... Tapi belum lagi aku start..adalah aweks-aweks ntah dari mana main juga bowling sebelah lane aku... aku pun senyumlah pada dia orang....sama-sama senyum.... Aku pun buatlah first throw aku....dengan gaya shalin zulkifli.... hasilnya lontaran aku berjaya memasuki longkang yang disediakan.... maluuuuuuuuuuuuu oiiiiiiiiiiiiiiii tak tau nak sorok mana muka aku nie... Tapi awek sebelah aku tue sindir....tak per...."aiman tak kisah".... bengong betul....sempat lagi perli aku... Lepas tue dia pula buat throw.... cheh..sama jugak macam aku.... ke longkang jugak... dia pusing tengok aku... aku pun apa lagi....dalam hati aku cakap "ada lori ada bas".... pastu aku cakap...."kalau aiman x kisah....makcik joyah lagi ler tak kisah"..muahahahaha...

Aku main adalah...4 game...dia orang pun sama...aku tak cakap banyak dengan dia orang....malas nak berborak...sebab aku datang nak rileks..bukannya datang nak cari aweks... Lepas main bowling... aku ronda-ronda lagi sampailah pukul 5.00 ptg.

Aku pun terus balik..tapi tak terus kerumah.....buat ke rumah mak ngah aku....berbuka disana... lama kau tak jumpa sepupu-sepupu aku disana. On the way aku singgah sebentar di Bazaar Ramadan..beli ikan bakar dan air soya... Sampai di rumah makngah aku...punyalah kecoh sepupu-sepupu aku nie....macamlah tak pernah jumpa aku....mungkin dia orang rindu pada aku rasanya....ishhhhhhhh...malulah pulakkkkkk....

Ahad, 1 October 2006

Rangkaian Tergendala Sebentar.
Perhatian!... saya ingin memohon ribuan kemaafan kepada teman-teman sekalian kerana blog saya nie tak dapat diupdate atas sebab-sebab teknikal daripada pihak blogger.com. Semua blog yg saya publish tak nak keluar pada blog. Jadi kenalah aku buat semula. Banyak pula tue....penat oooooo menaip.


Pagi nie..sahur special sikit sebab auntie, uncle dan adik laki aku ada dirumah, jadi semuanya dah terhidang. Makan nasi dan ikan bakar taruk sikit kuah kari.... Berbuka semalam di rumah mak ngah...ada kenduri sikit..jadi seluruh keluarga (tak semua) ada disana termasuk ibubapaku. Taklah aku makan di kedai semalam. datuk sedara aku plak "missing in action" tak balik rumah...mana dia pergi merayap pun aku tak tau.

Tapi bak kata aiman..."aiman tak kisah"... aku lagilah tak kisah...sebab dah besar dah datuk sedara aku nie..jadi..tak perlulah dikisahkan sangat. nanti kalau tanya lebih-lebih kata "busy body" plak...tapi kalau dia membusykan diri bertanyakan diri aku macam orang salah dalam lokap tak pe...tapi "aiman tak kisah" semua tue.

Aku selepas subuh, aku mandi..dan duduk dalam bilik main game. Dalam pukul 12.00tgh Makcik, Pakcik dan adik aku nak keluar pergi "shopping". Aku malas nak ikut sebab.....malas.
Aku duduk aje rumah tue...main game pastu game mainkan aku....sedar-sedar aje "door bell" berbunyi....aku tengok jam dah dekat pukul 4.00ptg. Bila buka pintu auntie aku dah tersergam indah didepan pintu. Lepas dia masuk...aku lihat dia sibuk mengeluarkan beg-beg baju..bersiap untuk pulang ke S'pore. Aku tanyalah "mana adik dan uncle..?"..dia jawab uncle aku nak pi cari "laser pointer".... nak buat apa pun tak tau dengan benda tue..? pot pet pot pet auntieku membebel...aku diam aje...pastu dia duduk kemas barang-barangnya...

Kemudian selepas 30minit kalau tak silap aku..dia ambil handphone dan call adik aku...tanya dimana...? bila nak balik dan macam-macam lagi... Mahu auntie aku tak mengamuk pada uncle aku nie...dia punya pe'el..kalau tiap kali keluar rumah...bila dah balik..ada saja alasan nak keluar. Sebab tue bila uncle aku ajak pergi mana-mana..aku buat deeeeeeeeeeeek aje....sebab aku dah tahu perangai dia...

Pukul 4 lebih..barulah dia orang balik...auntie aku pun menyambunglah lagi bebelannya yag bernas itu. Aku pula tolong angkat beg masuk dalam kereta. Adik aku pun reportlah...uncle aku nie...pergi shopping...padahal tadi waktu keluar dengan dengan auntie aku tak nak shopping plak.... macam-macam hallah uncle aku nie...

Selepas mereka balik ke S'pore. Aku pula bersiap nak keluar berbuka bersama kawan aku. Tapi aku ke Tmn Melawati sekejap, pergi hantar barang-barang adik aku kerumah makngah disana. Pastu aku hantar pula adikku ke stesen STAR LRT...dia nak pergi berbuka bersama saudara-saudara aku di Kerinchi. Aku pula terus kerumah kawanku then kami keluar ke bazaar ramadan sekejap..beli murtabak...

Jam dah nak pukul 6.45ptg...kami terus ke Ukay Perdana..berbuka disana....aku makan banyak... tak tau kenapa....