Sampai di rumah kami buat kerja masing-masing. Bapaku duduk berehat didalam rumah. Adik ku yg no 4 pula sibuk bermain dengan PSPnya…manakala yang bongsu pulak membusykan dirinya dengan bermain computer. Aku pula capai camera aku…merayau dalam kebun ambil gambar. Lepas tue aku masuk bilik….tidur…. Setelah hampir 2 jam duduk berbual, kami pun meminta diri untuk pulang sebab hari pun dah lewat malam.. tengok dia pun letih.Sebelum kami pulang, dia minta kami joinnya untuk breakfast pada esok hari. Kemudian dia cakap lagi yang PM akan buat open house di Pulau Pinang esok. Katanya lagi kalau kami nak joinnya bolehlah..sebab esok beliau akan kesana. Mak aku jawab ok aje… Lalu kami pun bersurai dan terus pulang kerumah.
Bila aku sedar, aku dapati ibuku pun dah ada dirumah. Beliau suruh aku bersiap untuk pulang keruamah nenekku. Malam ini ada jamuan didewan katanya…majlis bermula pada pukul 8.30 malam. Kami semua pun bersiap untuk pulang ke rumah nenekku. Aku juga diberitahu bahawa sepupuku dari Kuala Lumpur ada di rumah nenekku. Dia pulang bersama isterinya…. Untuk pengetahuan kawan-kawan sekalian, sepupuku ini bekahwin dengan
adik kepada Nurul – Ajai… Tak sabar aku nak balik kerumah nenekku jumpa dia orang…ada juga member boleh berborak…
Setelah semuanya siap…pergilah kami kerumah nenekku ini….pergi balik..pergi balik…macam tue…lah… sampai aje disana…aku lihat tetamu dari Jepun pun ada. Aku pun masuk kedalam rumah, cari sepupuku ini. Lama betul tak jumpa dia….aku masuk kedapur sebab perut aku lapar sangat. Masuk aje aku kesana, aku tengok isterinya pun ada. Kami pun duduklah berborak…lepas tue aku cakaplah yang malam nie semua dijemput kedewan untuk majlis makan malam.
Masa berlalu dengan pantas, dah pun hampir pukul 8.30 malam. Kami semua pun pergi ke Dewan Perbandaran untuk majlis makan malam. Sampai disana, aku lihat ramai tetamu yang hadir. Seperti biasa…kalau dah sampai tue..ramailah yang bersalaman dengan kami. Cuma yang aku rasa janggal ialah, semua yang hadir kebanyakkannya memakai baju batik. Kami sekeluarga sahaja yang pakai baju melayu. Mula-mula malulah juga nak masuk dewan, tapi bila dah tengok…lain daripada yang lain nie sememangnye glamour….aku pun buat tak peduli ajelah….
Ramai kawan-kawan lamaku sewaktu aku belajar
disekolah rendah hadir…. Macam reunionlah pulak…hatiku sangat gembira dapat berjumpa dengan mereka semua… ada juga aku lihat kawan-kawanku ini mengalirkan airmata gembira bila berjumpa denganku. Iyalah..mana taknya..selepas aku habis pengajianku disekolah rendah, aku sudah pun keluar dari negeri Perlis pergi melanjutkan pengajianku hinggalah aku bekerja. Aku memang selalu balik kekampung tapi tak pernah pun aku terjumpa dengan mereka nie.
Keluargaku duduk di meja utama, manakala bapaku dijemput untuk naik keatas pentas. Terharu kami sekeluarga di beri penghormatan tersebut oleh orang ramai yang hadir. Lebih-lebih lagi tetamu kami daripada Jepun. Malam itu juga kami diraikan lagi dengan kehadiran penyanyi dari Perlis…aku tak berapa kenal sangat penyanyi nie. Katanya dulu dia masuk Mentor…ntah betul..ke tidak..aku pun tak tau… aku pun bukannya kenal sangat.
Selepas majlis tersebut, kami pun pergi ke Kangar, ke Hotel Putra Palace untuk menghantar tetamu dari Jepun ini. Sampai dilobby hotel aku lihat ada ahli-ahli keluargaku berada disana.
Mereka adalah sepupu kepada ibuku ini. Ibuku bertanyalah kenapa mereka berada disini. Mereka menjawab yang mereka sedang menunggu Datuk Azmi Khalid, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Ramai juga orang menunggu untuk berjumpa dengan beliau. Ibuku memberitahu yang Datuk Azmi sekarang sedang menghadiri majlis makan malam di Dewan Wawasan, Kangar. Jadi nak bertemu dengannya mungkin tak ditentukan kerana mungkin beliau akan pulang lewat dan banyak urusan. Ibuku tahu semua ini kerana dia dah pun telefon awal lagi kepada beliau.
Datuk Azmi Khalid adalah sepupu kepada ibuku. Hubungan kami sekeluarga sungguh rapat. Kami pun masuk kedalam café untuk minum. Didalam café..mak oiiiiii punyalah ramai orang, lalu kami pun masuk duduk dihujung sekali café tue. Dengan berpakaian baju Melayu, kami sekeluarga lagi sekali mendapat perhatian orang ramai. Macamlah pelik sangat pakai baju Melayu nie.
Dalam duduk ayik berbual, tiba-tiba kami di muka pintu café aku dapati Datuk Azmi Khalid masuk kedalam. Ramai orang datang untuk bertemu dengan beliau. Kami semua hanya memerhatikan beliau dari jauh, tak ingin mengganggu tetamu yang sememangnya datang untuk bertemu dengannya. Kemudian beliau memandang kearah kami dan terus datang kearah ibuku dan menegur. Ibuku cakap tak ingin mengganggu beliau kerana ramai orang datang ingin berjumpa dengannya. Lalu dia menjawab tiada sesiapa pun buat appointment dengannya.
Dia tarik kerusi duduk disebelahku…aku hanya duduk tersenyum melihat gelagatnya. Dia tengok air yang aku minum dan terus order…selepas tue..aku ambil sandwich dan berikan padanya…aku pun tak boleh menahan lagi..aku gelak aje…sampai dia tegur aku Tanya aku macam-macam….soalan cepumas pun ada…. Aku gelak aje…. Banyaklah perkara-perkara yang dibualkan…maklumlah…kalau dah nama pun keluarga…suka duka dikongsi bersama. Tetamu dari Jepun pula tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan beliau. Aku pula tak ambil cameraku tinggal dalam kereta…kalau tak bolehlah aku tunjukkan pada kawan-kawan sekalian…
Aku penat sangat…..esok nak bangun awal….aku terpaksa ke pejabat imigresen….
Hari Raya Kedua - Part 3
Hari Raya Kedua - Part 2

Tanpa membuang masa, kami berempat meneruskan perjalanan kerumah saudaraku iaitu di Guar Jentik. Kira-kira 20km dari Arau. Rumahnya dikatakan berada berhampiran dengan Empangan Timah Tasuh. Empangan yang terbesar dinegeri Perlis.Kami singgah sebentar untuk mengisi minyak di stesen minyak di Chuping. Aku lihat banyak kereta menuju kearah sempadan Thailand. Ya…mereka menuju ke Padang Besar untuk berbelanja disana.
Setelah 20 minit berlalu, telefon bimbitku berdering…ibuku cakap mereka dah sampai di
Terinai. Iaitu satu tempat persinggahan untuk para pelancong yang ingin menikmati keindahan dan berehat di Tasik Tasuh. Sampai disitu, kami turun untuk melihat kawasan sekeliling tempat persinggahan itu. Aku dapati tempatnya sangat cantik, namun ia tidak diuruskan dengan baik. Banyak gerai-gerainya terbiar kotor, manakala bangunan yang dibina dengan nilai jutaan ringgit biarkan begitu sahaja. Usang….
Kami duduk disitu hampir 10 minit sebelum menuju ke rumah saudaraku. Perjalanan dari Terinai ke rumah saudaraku hanya mengambil masa kurang dari 5 minit. Rumahnya terletak betul-betul bersebelahan empangan dan sawah padi. Pemandangannya cukup cantik…cukup untuk membuatkan hatiku terpesona dengan keindahan sekeliling. Angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa….Rumahnya dibuat daripada kayu…rumah tradisional negeri Perlis.
Aku banyak menghabiskan masaku di beranda rumah saudaraku menikmati udara segar dan pemandangan sekeliling.Sesambil tue…aku duduk mengacau “Teppayakki”….
Setelah hampir 40 minit berada disana, kami pun meminta diri untuk pulang. Perutku pedih
menahan lapar. Jam pun dah nak masuk pukul 1.00 petang. Ibuku bercadang untuk membawa tetamu dari Jepun nie makan tengahari di sebuah restoran di Kangar. Ketika bergerak perlahan-lahan meninggalkan rumah saudaraku, bapaku memberi cadangan agar kami berpecah. Iaitu makan di tempat lain. strategi diatur… aku bawa kereta betul-betul perlahan sampai tak nampak kereta makcikku. Sampai disimpang aku lihat kereta makcikku membelok ke kanan….kami pula kekiri…
Ya…kami ke Padang Besar….Padang Besar..Here We Come!!!!Kami makan disana!. 10 minit drive, sampailah kami di Pekan Padang Besar, Malaysia. Mak oiiiiiiii!!!!!! Ramainya manusia….nak parking pun susah. Setelah mendapat parking, kami menuju ke sebuah kedai makanan Thai. Kedai nie memang famous amous di sini. Ramai juga pelanggan dikedai tersebut. Kami membuat tempahan….makan nasi goreng seafood dan daging merah hari nie…..
Sementara menunggu hidangan siap, kedua-dua adikku pergi merayap kedalam bazaar disana. Aku dan bapaku duduk berbual dibawah pondok buluh disitu. Bermacam-macam topic kami berbual…sampaikan soalan cepu mas pun bapaku Tanya…”bila lagi nak kawin…?”..”dah..ada calon..?” soalan yang paling aku boring nak dengar…. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…………….boring-boring……………..
Dah hampir sejam…tak sampai-sampai juga…nasi nie….air pun dah abih….kira boleh minum
baliklah air…air batu tue…. Punyalah lama….. Kedua-dua adikku pun dah habis merayap kat dalam bazaar tue… Harga barang-barang pada hari tue…naik 3x ganda…. Kalau setakat seluar jean Levis tue…..Bukannya Kibas tau…. Kalau harga asal RM15/= boleh naik kepada RM70/= sepasang. Nie bukan setakat sembelih aje….siap lapah lagi…
Kami tak beli apa-apa pun…ronda aje….
Selepas makan, kami pun terus pulang ke Arau, cuaca panas sangat. Aku difahamkan ibu, makcik dan pakcikku serta tetamu dari Jepun tue tak dapat pergi makan tengahari dikedai yang di rancangkan sebentar tadi.. sebab kedai tue tutup. Jadi mereka makan di hotel. Selepas makan, aku difahamkan mereka akan terus ke Istana Kayangan Indah di Repoh untuk mengadap Tuanku Raja Perempuan Besar, Tengku Budriah utnuk berhari raya. Kami pula lari balik ke rumah…dah agak dah..karang mesti kena marah sebab tak ikut sama…Aku tahu ada yang bertanya pasal kita orang nie…
Malam nie pula ada jemputan majlis hari raya di Dewan Perbandaran Arau, anjuran Dewan Perniagaan dan Usahawan Negeri Perlis… di buat untuk meraikan anak-anak Perlis yang pulang berhari raya. Kami terus balik kekebun…untuk berehat kerana malam nie ada lagi majlis yang perlu dihadiri. 
Hari Raya Kedua - Part 1
Jam dah masuk pukul 6.00 pagi..aku bangun dari tidur..untuk solat subuh. Selepas solat, aku ambil kunci kereta terus pulang kerumahku di Ulu Pauh. Sampai dirumah, aku duduk bersarapan dengan ibuku. Pagi nie aku makan ketupat dan rendang sahaja. Minum air MILO….minum MILO anda jadi sihat dan kuat. Selesai bersarapan, aku duduk berjalan didalam kebun getah, lihat keadaan sekeliling. Lama juga aku tak masuk berjalan dalam kebun getah nie.
Hampir 10 minit aku merayau dalam kebun getah tue, kemudian
aku balik semula kerumah untuk mandi. Mandi air perigi beb…sejuk tue macam air batu. Rumah aku nie, tak ada air paip. Dengar kata JKR akan pasang paip ke kawasan rumah ku dalam masa terdekat. Aku harap semuanya berjalan dengan lancar. Lepas mandi, aku bersiap untuk ke rumah nenekku. Ibuku membebel pada adik-adikku kerana masih lagi belum bangun dari tidur.Pot..pet..pot..pet…. Aku difahamkan jadual kami pada hari nie sungguh ketat.
Hari nie kami sekeluarga bersama tetamu dari Jepun akan pergi berhari raya dirumah saudara-maraku. Lepas semuanya siap….kami menuju kerumah nenekku. Sampai di sana, aku lihat makcikku masih lagi lepak..tak bersiap pun…samalah dengan pak cikku. Ibuku hanya mampu menggelengkan kepala kerana, beliau telah berjanji dengan bapa saudaraku yang kami akan kerumahnya sebelum pukul 11.00 pagi. Bapa saudara aku nie..ialah datuk kepada “Teppayakki”..yang aku ceritakan pada kawan-kawan tempohari.
Aku difahamkan juga, mereka akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 2.30 ptg
dengan flight. Jadi kenalah kesana cepat. Tak naklah pula orang menunggu. Kalau tak pergi….nanti kata apa pula. Untuk mengelakkan kelewatan, kami mengambil keputusan untuk berpecah kepada 2 kumpulan kerana tetamu dari Jepun tak ambil lagi dari hotel di Kangar. Jadi, aku, bapaku serta 2 orang adikku naik satu kereta. Ibu, makcik dan pakcikku naik satu kereta. Mereka ke hotel ambil tetamu Jepun nie.
Aku tengok jam….dah hampir pukul 11.30 pagi. Dah lewat nie….
Hari Raya Aidil Fitri - Part 4 - Season Finale

Jam dah hampir pukul 5.00 petang. Aku bangun dah jengok keluar rumah. Aku lihat bapa dan anak-anak saudaraku (lupa aku nak cakap dia orang aku bawa sekali) sedang rilexs diluar dan makku baru balik dari membawa tetamu dari Jepun berhari raya. Aku pun duduk diluar layan bapaku. Baru tak sampai 5 minit, rumah kecil kami didatangi oleh orang-orang kampung untuk berhari raya. Aku tak menyangka, ada orang akan datang berhari raya kerumah kami kerana maklumlah rumah nie kecil aje berbanding rumah nenekku di Arau.
Kami menyambut orang-orang kampung yang hadir dengan tangan terbuka. Dalam celah-celah orang ramai tue, terpacul kawan adikku dari Johor Bharu. Aku bertanya padanya..”Jauh datang..?” dia cakap..dia tak ada kampung..ini kali pertama berhari raya dalam suasana kampung… Aku tengok dia gembira sangat berada disini. Maklumlah hidup dan dibesarkan didalam bandar… jadi suasana berhari raya amat jauh berbeza.
Selepas semua tetamu pulang, kami semua bersiap untuk pulang ke Arau. Sebelum keluar dari perkarangan rumah, aku serta adikku menyalakan pelita yang telah disusun oleh bapaku. Lepas aku nyalakan pelita, aku dapati macam “runway” lah pula. Bolehlah kapal terbang landing di kebun nie…patutlah orang kampung asyik bercakap “bila kapal terbang nak turun?”…rupa-rupanya inilah yang mereka maksudkan…
Sampai di rumah nenekku…aku duduk lepak dengan anak-anak saudaraku. Kami sekeluarga duduk berbual hingga lewat malam. Aku pun ambil keputusan tidur dirumah nenekku malam nie sebab ngantuk sangat.
zzzZZZZZZZzzz
Hari Raya Aidil Fitri - Part 3
Aku masuk kedalam rumah…terus ke dapur, aku letakkan fruit cake yang makku buat..dan terangkan sedikit kepada “Mary Jane” (orang gaji mak cikku – orang Filipina)…suruh dia baked satu lagi fruit cake. Malam tadi makku tak dapat nak bake sebab disebabkan ke”terroran” adik-adik dan bapaku..rumah kami black out…. Jadi mengamuklah makku pada dia org… aku hanya duduk mendiamkan diri sebab aku tahu..aku tak bersalah dalam hal nie…Cuma aku kena pasang telinga bila makku membebel….dia orang semuanya lari… kalau aku ikut dia orang, bermakna aku bersubahat dalam insiden tersebut….”pedih..telinga aku”.. arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!.....
Aku ambil air sembahyang kemudian terus ke masjid bersama adikku. Dihadapan Masjid Arau..ramai aku lihat umat Islam berpusu-pusu ke masjid…kami parking kereta di tepi tanah perkuburan Arau.. Ketika aku berjalan menuju ke Masjid, ramai yang menegurku..macam wakil rakyat rasanya…macam-macam soalan diajukan. Aku pun berjalan masuk kedalam masjid…banyak tangan menghulur kearahku ketika aku masuk kedalam masjid…yang boleh aku salam….aku salam…kalau tak boleh..aku angkat tangan saja lambai pada mereka. Tak pun aku senyum saja…
Aku pun tak tahu kenapalah tiap kali aku balik…orang cukup suka dengan aku…Nak kata artis….taklah…gambar aku masuk internet..?setakat dalam blog aderlah…Aku rasa elok juga aku tukar profession…jadi Wakil rakyat..mesti peluang untuk jadi MB pun cerah…hmmmm…. Long term planning….hehehehehe.
Selepas Sembahyang Hari Raya, kami menuju ke tanah perkuburan menziarahi pusara kaum keluarga yang telah pergi. Kemudian kami pulang kerumah. Seperti tiap-tahun selepas pulang dari kubur, kami akan terus ke Istana Arau untuk berhari raya bersama Tuanku Raja serta keluarga, tetapi pada tahun ini tidak diadakan majlis rumah terbuka untuk rakyat kerana akan digantikan kepda Rumah Terbuka Kebangsaan yang akan berlangsung pada 28hb Oktober nanti. Lagi pun Pemangku Raja Perlis pun tiada didalam negeri. Jadi kami menyambut bersama kaum keluarga terdekat dirumah nenekku sahaja.
Dalam pukul 11.00 pagi, kami menerima kunjungan hormat dari satu keluarga Jepun yang datang kesini untuk berhari raya bersama kami. Beliau adalah Mr. Keinosuke Suenaga iaitu sepupu kepada Dr. Suzuki iaitu pemilik syarikat gergasi Suzuki. Beliau juga datang ke sini atas urusan kerja serta undangan khas daripada makcikku yang bertugas sebagai Naib Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura. Aku biarkan mereka berbual sementara aku pula sibuk melayan 2nd cousinku yg juga baru pulang dari Jepun. Aku tak berapa ingat namanya jadi aku memanggilnya dengan nama “Teppayakki”..sebab orang kalau hari raya pakai baju kurung..dia pula terbalik..pakai baju kimono…color merah plak tue…cuba tengok gambar tue… Kalau dengan aku…dia tak berani nak kata
apa…cakap lebih saja..kenalah cubit dengan aku…
Kemudian kami sekeluarga dan orang Jepun nie pergi kerumah saudaraku Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh – Yang Di Pertua Dewan Negara Parlimen untuk berhari raya.
Selepas itu kerumah Menteri Besar Perlis, Dato Seri Shahidan Kassim, tetapi aku tidak ikut serta kerana penat sangat. Jadi aku biarkan mereka pergi manakala aku pula pulang ke rumahku….ke kebun untuk berehat.
Sampai dirumah, aku salin baju..dan terus zzZZZzzzz……
Hari Raya Aidil Fitri - Part 2

Aku berdiri dihadapan rumah, fikiran aku melayang terkenang kisah-kisah silam. Di sinilah tempat aku dibesarkan. Dari kecil hinggalah dewasa sebelum aku melangkah keluar mencari ilmu hinggalah aku bekerja sekarang.
Rumah ini dibina sebelum pendudukan Jepun di negara kita. Struktur kayunya masih teguh hinggalah sekarang tak dimakan oleh anai-anai. Asalnya ia hanyalah sebuah rumah kampung biasa tetapi sekarang ianya sudah berubah mengikut arus peredaran masa, namun struktur, tiang bumbung rumah ini masih lagi menggunakan yang asal.
Kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan hanya bermodal sepucuk senapang yang ditukar ganti dengan kayu balak serta tukang yang melakukan kerja-kerja tersebut. Kayu balak dibawa keluar dari hutan oleh gajah-gajah peliharaan moyangku. Rumah ini telah banyak meninggalkan seribu kenangan kepada penduduk disini.
Sekiranya ada warga emas yang bertandang disini, bermacam-
macam kisah sejarah diperkatakan mengenainya. Aku bangga kerana dibesarkan disini.Dahulu aku dapat lihat bermacam-macam artifak didalam rumah ini. Ada separuh daripadanya telah dihadiahkan kepada muzium dan juga pihak pusat pengajian tinggi unuk kegunaan pembelajaran.
Dulu sekiranya hendak mengetahui samada esok hari adalah waktu bermulanya puasa atau Hari Raya, meriam ditembak sebelum maghrib sebanyak satu das. Begitu juga pada Hari Raya, sewaktu Tuanku Raja ingin memulakan solat sunat. Meriam ditembak sebanyak 1 das. Tapi pada akhir tahun 80an tiada lagi semua itu. Kami rasa bertuah kerana dapat mengetahui waktu berpuasa dan Hari Raya lebih awal berbanding dengan orang lain kerana perlu menunggu untuk mengetahuinya samada melalui radio atau pun televisyen.
Rumah ini mempunyai sebanyak 10 bilik tidur. 6 di tingkat atas 4 di ruang bawah. 4 bilik air, 1 diatas 3 dibawah. 2 anak tangga menghubungkan ruang tetamu dan satu ke dapur.
2 ruang makan, 1 dihadapan dan 1 didapur. 2 bilik store 1 didalam rumah dan 1 lagi diluar. Ruang letak kereta (garaj) yang dapat memuatkan 8 buah kereta
Terdapat juga tempat menyimpan padi yang sudah dituai namun ianya tidak digunakan lagi kerana sekarang selepas padi dituai, ianya terus dihantar kekilang untuk dijual.
Rumah ini dikelilingi oleh beberapa pokok buah-buahan seperti mangga, nona, kedondong, kelapa dan lain-lain. Terdapat beratus-ratus spesis orkid ditanam. Aruah nenekku sangat meminati orkid. Banyak koleksi orkid yg simpannya. Bila difikirkan balik semua ini tidak dapat dinafikan, orang dahulu suka membuat rumah besar-besar bukannya untuk menunjukkan gah tetapi sebaliknya untuk kesenangan dan kemudahan generasi masa depan.Tidak perlu duduk bersempit apabila balik berkumpul dikampung. Tidak seperti zaman sekarang, rumah bernilai jutaan ringgit, tapi hanya memiliki tidak lebih daripada 5 bilik. Kawasan rumah terhad dan tidak selesa.
Aku sangat bangga…