Raja Perlis bersemayam semula


Raja Perlis bersemayam semula
ARAU 14 Dis –Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail serta Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid hari ini bersemayam semula di atas takhta negeri Perlis selepas lima tahun menjadi ketua negara Persekutuan.


Pengisytiharan sebagai Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis dilangsungkan dalam satu upacara penuh adat istiadat di Istana Arau di sini.
Upacara hari ini dimulakan dengan pemeriksaan pasukan kawalan kehormatan Rejimen Askar Melayu Diraja Malaysia (RAMD) oleh Tuanku Syed Sirajuddin dengan iringan pancaragam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Sebaik selesai upacara di luar istana, baginda berdua berangkat masuk ke dalam istana sebelum menandatangani watikah pengisytiharan sebagai pemerintah negeri ini.
Watikah pengisytiharan tersebut kemudian dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika istiadat menyembahkan watikah berlangsung di Balairung Seri.
Berangkat ke upacara itu, Raja Perempuan Besar Perlis, Tengku Budriah Almarhum Tengku Ismail; Raja Muda, Tuanku Syed Faizuddin Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Khalil Akashah.


Sementara itu, istiadat membawa watikah pengisytiharan dijalankan penuh gilang-gemilang apabila watikah itu diarak di sepanjang jalan menuju Istana Arau sejauh satu kilometer dengan lima ekor gajah dan diiringi oleh 100 peniup serunai serta hulubalang.


Perarakan diketuai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Datuk Abu Bakar Ismail dan watikah berkenaan kemudian diterima oleh Menteri Besar untuk diserahkan kepada pegawai istiadat di anjung Balairung Seri.
Tuanku Syed Sirajuddin dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-12 pada 12 Disember 2001 dan ditabalkan pada 24 April 2002.
Baginda berkahwin dengan Tuanku Fauziah, seorang kerabat diraja Kelantan, pada 15 Februari 1967 dan dikurniakan seorang putera, Syed Faizuddin Putra dan seorang puteri, Sharifah Fazira.
Diputerakan pada 17 Mei 1943 di Arau, Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Arau (sehingga darjah dua), Sekolah Rendah Wellesley Pulau Pinang, Sekolah Rendah Westland Pulau Pinang dan Penang Free School, sebelum melanjutkan pelajaran di Wellingborough Public School, England, sehingga tahun 1963.
Baginda dilantik sebagai Raja Muda Perlis pada 30 Oktober 1960 dan pernah menjadi pemangku Raja Perlis sebanyak dua kali iaitu pada 1967 dan dan 1984 ketika Almarhum ayahandanya Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail bercuti ke luar negara.
Pada 17 April 2000, baginda ditabalkan sebagai Raja Perlis ketujuh berikutan kemangkatan ayahanda baginda.

14hb Disember 2006

Hari yang di tunggu telah menjelang tiba, dari malam tadi aku tak dapat bayangkan apa yang akan berlaku nanti. Hari ini merupakan hari yang penuh bersejarah didalam hidupku. Awal pagi lagi aku bangun mengerjakan solat subuh, mandi dan bersiap untuk ke Arau. Aku bersama adikku sempat bergurau dan bercerita tentang apa yang berlaku semalam sewaktu rehearsal.

Setelah sarapan kami pun bergerak menuju ke Arau dengan kereta adikku. Sampai di Arau aku lihat semua kenderaan di lencongkan dari memasuki pekan kerana majlis akan berlangsung disana. Kenderaan kami dapat memasuki kawasan tersebut atas urusan rasmi kerajaan. Jadi polis beri laluan kepada kami.

Apabila masuk sahaja ke kawasan dewan, aku dapati ramai orang telah berkumpul, baik official staff hingga ke rakyat jelata. Aku turun dari kereta ambil beberapa snap gambar sebelum menuju kepada para petugas rasmi yang hadir. Aku lihat ada beberapa orang YB turut ada disana dan kami bersalaman dan bertanya khabar. Mereka terkejut dengan kehadiranku dan tidak menjangkakan yang aku akan turut serta dalam majlis tersebut. Mereka fikir aku akan menunggu di Istana sebaliknya bukan disini. Aku cakap pada mereka yang semua ada ada disini bukannya orang lain, semuanya saudara mara. Bila lagi nak kumpul macam nie. Kalau aku berada di Istana, taklah nampak "mesra" atau "elok" dikalangan saudara mara yang lain.

Sementara nak pakai baju rasmi, aku duduk lepak tepi lori sambil melihat gelagat 5 ekor gajah yang akan digunakan sebentar lagi. Kawasan dewan penuh dengan rakyat, macam fun fair. Ini semua sebab kehadiran 5 ekor gajah nie. Banyak peniaga yang ambil kesempatan berniaga disini. Ada juga yang ambil peluang melihat gajah dengan lebih dekat dan tak juga yang ambil gambar kenang-kenangan.

Kemudian kami diberikan sarapan pagi sebagai pengalas perut sebelum majlis bermula. Taklimat terakhir diberikan dan terdapat beberapa perubahan besar berlaku pada hari nie. Disebabkan semalam kami rehearsal tanpa muzik, harinie akan bertambah lagi para pemain serunai dan gendang akan join bersama kami. Di tambah juga pula pembawa payung diraja ini menjadikan lebihh 100 orang akan mengambil bahagian pada pagi nie.

Terpancar wajah gembira dikalangan peserta sebab ramai yang akan mengambil bahagian. Maklumlah, tidak semua yang dijemput untuk ambil bahagian dalam majlis ini dan ianya hanya berlangsung 50 tahun sekali. Ia juga dicatatkan didalam sejarah negeri Perlis dan Arkib Negara.
Dulu, dianggarkan lebih 1000 orang mengambil bahagian didalam majlis ini yang di sertai oleh Panglima-panglima, hulubalang, tentera bergajah, dayang-dayang pembawa bunga emas, penari-penari dan lain-lain lagi. Tetapi pada kali nie, tak semuanya ada. Mungkin kerana kekurangan budget atau mereka yang buat majlis nie tak tahu tentang sejarah lepas. Ini yang membuat kami terkilan. Ibarat hanya melepaskan batuk ditangga.

"Bertukar"...itulah ayat yang aku jerit kepada semua peserta. Semuanya bangun masuk kedalam dewan menukar pakaian. Bermacam-macam gelagat yang dapat aku lihat ketika peserta memakai dan memilih pakaian. Tambahan pula..kerja membahagikan pakaian diberikan kepada Pegawai Kebudayaan Negeri Perlis, pompuan plak tue...jadi "ulat bulu dah naik dauuun". Aku pun join gak sekali...

Pakaian Hulubalang berwarna hijau terqouise dan pembawa payaung berwarna hitam kuning. Memang...color scheme ikut Raja-raja Siam dahulu kala. Memang dulu semua negeri disebelah Utara tanah air dijajah oleh Kerajaan Siam. Jadi pada hari nie aku lihat semuanya berpakaian seperti dizaman jajahan Kerajaan Siam. Aku diberikan sepasang baju melayu berwarna merah bersampinkan berwarna hijau muda. Pakaian untuk seorang Panglima.

Setelah semuanya siap memakai pakaian, tiba-tiba ada pula suara menjerit.."Wahai hulubalang-hulubalang sekalian, Negeri Indera Kayang akan dirempuh oleh tentera Siam. Ambil senjata kamu dan pertahankan negeri ini dari jatuh ketangan mereka".... fuuuhhhh...macam cerita filem melayu....meremang bulu roma aku bila dengar macam tue. Waktu tu pula semua keadaan sekeliling jadi sunyi bila dengar ada orang jerit macam tue. Orang ramai yang ada disekeliling terpegun tengok kami semua, tanpa disuruh berlari mengambil senjata masing-masing. Mereka bersorak dan bertepuk tangan tengok kami semua berkumpul tanpa perlu diarah.Aku pun berasa hairan, macamana aku pun boleh terikut dengan semua arahan nie. kami berkumpul mengikut rank yang diberikan.

Pastu sementara menunggu isyarat daripada Istana untuk kami bergerak...aku pun bersama adikku berlari kearah gajah, untuk mengambil gambar. Baru nak posing ada plak suara gatal cakap..."woi..depa ambik gambaq.." tak sampai seminit...dah penuh keliling kami...Ceh!!! hampeh betoi...baru aku nak berposing dengan adik aku..dan ramai yang menyibuk...termasuklah..YB-YB dan Dato'-Dato. Gajah belakang aku dah siap angkat kedua-dua kaki...takut juga aku..nanti terpijak pula aku didepan nie...belalainya pula asyik duduk main telinga aku dan duduk main kepala aku....sabar aje..

Selepas aja kami bergambar beramai-ramai...kami pun telah menerima isyarat untuk bergerak....

13hb Disember 2006

Dah hampir dengan Changloon, aku pun ambil hand phone dan terus call adikku. Aku cakap pada dia yang didalam 20 minit aku akan sampai, inta dia tunggu tepi highway. Aku akan turun disitu. Iaitu berhampiran dengan kebun.

Lebih kurang 2km nak sampai dekat rumahku, aku pun turun kecockpit, bagi tau pada pilot supaya berhentikan aku di tepi highway. Sampai disana, aku dapati adikku pun dan ready kat situ. Aku angkat beg dan terus masuk kedalam kereta. kami terus balik kerumah. Sampai dirumah lebih kurang pukul 6.00 pagi, aku lihat kedua bonda dan ayahnda dah pun bangun.

Aku pun terus bersalaman dengan mereka. Seronok mereka tengok aku balik. Lepas tue aku solat Subuh dan kemudian duduk berbual dengan mereka. Lepas tue aku mandi dan bersiap untuk sarapan pagi.

Jam dah nak masuk pukul 8.30 pagi, aku bersama adikku pun bergegas ke Dewan Serbaguna..sebab kena berkumpul disana. Ya..aku dipanggil pulang sempena keberangkatan pulang Seri paduka baginda Yang Di Pertuan Agong ke Perlis. Aku diminta turut serta dalam Majlis penyampaian watikah perlantikan ke bawah Duli Tuanku Raja dan Raja Perempuan Perlis. Majlis ini hanya berlangsung 50 tahun sekali dan tidak semua orang dapat mengambil bahagian didalam majlis tersebut. Semua kaum kerabat yang terdekat dititahkan pulang untuk mengambil bahagian walaupun peranannya kecil tetapi mempunyai nilai dan makna yang besar.

Sampai didewan aku dapati ada 5 ekor gajah sedang bersantai disitu. Sebaik aku turun dari kereta, ramai saudara mara yang sedang menunggu. Seperti YB, mereka datang bersalaman denganku. Banyak soalan-soalan diajukan. Bukannya senang nak dapat jumpa mereka semua walaupun dihari raya. Masing-masing sibuk dengan keluarga.

Dalam kami duduk berbual datang pulak tetamu yang tak diundang kearah kami. Seekor gajah datang nak "bermain"...mak oii...apa lagi...Larilah kami...kalau kucing tue tak apalah..nie plak gajah....bukannya kecik... Ada plak orang-orang tua kat situ cakap.."jangan lari..nanti dia kejar..." tunggu lagi...aku dah pusing keliling kereta... Pastu datanglah dia punya gembala...panggil dia mandi...macam kucinglah pula aku tengok dia berlari pada tuannya...
Kalau gajah nie besar kucing, dah lama kena rotan dengan aku..nasib baiklah dia besar. Gajah-gajah disini dia orang tak ikat..main lepas aje..macam lepas lembu...

Dalam pukul 10.00 pagi...kami semua berkumpul didalam dewan, dengar taklimat...dan apa yang perlu dibuat. Sebab kejap lagi kami nak kena berjalan ke Istana. Berjalan bersama gajah!..Ngeri aku dengar...takut juga kalau gajah-gajah nie naik minyak...karang syed-syed yang ada kat sini, mati kena pijak gajah...termasuklah aku.... Pastu ader plak yang dok buat lawak...macam-macam pasal gajah nie...ader lawak bodoh...lawak yang betul-betul lawak...lawak ngeri pun ader. Takut aku dengar...

Lepas taklimat, kami dijamu sarapan pagi.... Lepas sarapan, kami dipanggil untuk ambil tempat. Macam cerita "Ali Baba Bujang Lapuk", kami beratur..yang tinggi belakang..yang rendah depan...betul-betul macam cerita tue. Lawak betul...tengok perangai 1001 macam. Kami semua di bekalkan dengan senjata tombak.. Mula-mula semangat juga dengar nak dapat tombak sorang satu, tapi lepas tengok tombak tue....macam nak luruh jantung tahan ketawa. Hilang semangat aku...balik jauh-jauh dapat tombak macam hampeh... kami semua kutuk orang yang bawa tobak tue pada kami. Kami tanyalah.."ini tombak ke...? Signboard..? Setahu aku, tombak taklah besar sangat hujungnya...kecik...tirus..ini besar...macam pendayung sampan pun ada. gajah tengok pun tak takut.Kalu ngko orang tak percaya tengok gambar.

Aku cakap lagi...."Balik jauh-jauh dari KL..ini yang aku dapat"...gelak semua orang kat situ...mereka semua cakap..inilah cara nak sambut orang KL...sabar aje aku... Lepas tue.kami semua duduklah berkumpul tepi court sepak raga...sesambil tue...buat lawak bodoh kat situ...kebanyakkannnya..lawak gajah....

Kami semua diminta mengiringi 5 ekor gajah nie ke Istana. Seekor gajah..diapit oleh 10 hulubalang dan panglima. Ada juga suara keluar..cakap "cukup ke 10 orang jaga seekor gajah..? kalau jadi apa-apa..nanti hulubalang kemana..panglima kemana?...riuh dengan gelak ketawa dibuatnya... Aku pula kena jaga anak gajah....gajah yang main kejar-kejar ngan kita orang tadi...nama saja anak gajah..tapi besar van tue aderlah...Dalam rehearsal tue barisan depan sekali pembawa payung diraja, kemuadian diikuti oleh pemain serunai dan gendang... lepas tue panglima-panglima dan hulubalang yang mengapit 5 ekor gajah yang membawa watikah perlantikan.

Sunyi sepi waktu tue..kami berjalan ke istana...tak ada suara pun...yang bunyi hanya gajah je...sebab semuanya takut dengan gajah...bukannya jalan jauh-jauh...dekat plak tue..anak gajah nie sebelah aku aje. Belalainye plak..asyik nak nak "meraba" aje kita orang nie...geli aku dibuatnya.... Dia orang plak cakap..jangan tepis..biar aje..nanti dia naik minyak...dan jangan jolok ngan tombak... Aku dah melompat atas pembahagi jalan...yang lain pun ikutlah jugak...Mamat PERHILITAN...dengan senapang pun...lompat jugak... macam mana tak kecut semua....dia yang ader senapang pun boleh melatah...sedangkan kami yang bertombak berkeris nie lagilah....

Dah dekat dengan istana, ingat semuanya beres....ada plak hal lain...anak gajah pula merajuk...nak patah balik... nak tergelak aku tengok perangainya..macam budak-budak.... pastu lepas kena pujuk..dia pusing balik...dan....jeng..jeng...jeng....

Dia kencing plak....melompat aku...semua pun sama..baik PERHILITAN...polis....panglima..hulubalang... aku rasa adalah 2 baldi lebih dia kencing....bagai nak pecah perut aku dibuatnya...kami punyalah sorak...macam tengok bola..

Arahan kedua...bila sampai depan istana, nanti Tuanku Raja akan keluar untuk mengambil watikah...jadi gajah akan tunduk....sembah...semua orang kena buat begitu juga hulubalang yang pegang tombak kena halakan tombak kebawah...tapi..jangan sengaja plak pegi jolok bontot gajah... dengar aje command macam tue...lagi lawak bodoh keluar....

Selepas serahkan watikah olok-olok..kami pun patah balik ke dewan...dalam perjalanan balik tak ada perkara yang menarik..cuma semuanya duduk diam aje..penat berjalan rasanya atau pun takut ngan gajah. Sampai di dewan...kami semua dijamu makan lagi....lepas tue duduklah berborak....bincang pasal esok apa lagi yang nak kena buat.

Aku dan adikku kemudian terus balik ke kebun...

Hello.....12hb Disember 2006

Assalamualaikum dan salam sejahtera kengkawan sekalian,
Setelah sekian lama saya tak menulis dalam blog nie...sebenarnya bukannya tak tulis tapi ntahlah asyik bengong aje blogger nie...bila aku aupdate x mau jugak masuk...sampai nak boring dibuatnya. Jadi untuk kali nie..aku try lagi..manalah tau dapat update cerita nie....untuk semua orang.

Pada 12hb Disember lepas....aku dapat call dari Perlis, call dari Bondaku yang disayangi...dia cakap "Semua diminta balik ke Perlis!"... tersirap darah aku bila dengar perkataan tue...dalam otak aku dok fikir macam-macam...ada kematian ke....atau hal-hal yang lain. Aku pun cakap "ok"...."kalau tak dengan flight petang nie atau aku naik bas aje".

Pastu aku pun tepon adik lelaki aku..tanya apa yang pentingnya...dia cakap memang ada kematian di Perlis melibatkan saudara aku dan ada juga majlis pada 14hb di Istana Arau. Jadi kenalah balik sebelum 13hb sebab ada rehearsal. Aku pun tanpa berlengah lagi cuba siapkan kerja-kerja di opis nie...sementara tue aku minta tolong Cik Pah yang disayangi tolong tengokkan available flight ke Alor Setar....malangnya tak ada. Jadi kenalah aku naik bas balik.

Balik dari opis...aku bersiap dan dalam pukul 8.00mlm aku bergegas ke Pudu Raya...beli tiket ke Kangar....Alhamdulillah...ada...tapi pukul 11.30 mlm. Duduklah aku kat situ..tengok orang lalu lalang sampai pukul 11.30 mlm.

11.30 mlm..aku pun naik bas...double decker...tiket plak tue seat last sekali....nasib baiklah duduk sebelah tingkap....duduk aje...terus aku pun ZZZZzzzzZZZZ...