Yakinkan aku Tuhan
Sadarkan aku Tuhan
Hidup ini mesti diteruskan...hingga keakhir hayat...
Hidup ini kadangkala tidak adil. Tapi itulah yang dikatakan Takdir dari ALLAH. Tak semua yang kita hajati akan menjadi kenyataan. Tidak semua yang diperkatakan kepada kita dapat dilaksanakan oleh mereka yang berjanji. Tak semua yang datang itu hadir dari hati tetapi datang dari ilusi. Senang untuk diucap tetapi tidak mudah untuk dilaksanakannya.
Kadangkala perasaan ditipu atau rasa dikhianati hadir didalam hati.Walaupun ianya sikit tetapi perasaan yang kurang enak pasti akan tetap terpahat hingga selamanya. Lebih baik hidup menyendiri. Tanpa perlu memikir keadaan sekeliling tapi hanya fikirkan diri sendiri. Tidak perlu ada belas kasihan lagi. Kerana itu semua racun... Biarku hidup didalam zaman lampau yang kurasa lebih sesuai dengan hidupku.
Tidak ada sesiapa yang dapat mengubah pendirianku ini...kecuali dia yang Maha Esa....
Hidup ini mesti diteruskan....
