Khamis, 26 April 2007

Pagi tadi aku bangun awal...hmmmmmmmm but missed solat subuh..coz malam tadi balik lewat... dekat pukul 1.00 am rasanya. Malam tadi aku gi tengok cerita "Shooter"...gi dengan my best friend..."cintot" (bukan nama sebenar)... cadangnya nak pegi tengok awal but memandangkan tiket awal tak ada, jadi kami tengok pukul 9.45 pm...itu kira dah lewat bagi aku.

Abis aje tengok cite tue...ketika aku baru aje mereversedkan motorsikal aku.."Prak.." bunyi benda pecah....nombor plet motor aku patah...aku terlanggar beri penghadang keselamatan...abis no plet aku...tak pasal-pasal.... aku hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala...."tuler pasal"...cakap aku dalam hati...tak berhati-hati lagi..kan sekarang siapa yang susah. Aku pun start motor hantar cintot ke kereta..coz dia datang naik kereta...aku naik motor...lagipun aku datang awal..beli tiket...

Lepas tu kami pegi lepak dekat Restoran Pelita Nasi Kandar dekat Ampang Point...aku pekena nasi briyani...campur ayam madu..then..campur 1001 macam kuah... Cintot makan murabak ayam...dan pada masa tue juga adik dia..dan member adik dia...(berapa banyak dia dahhh...) pun ader join sekali...

Suruh makan tak nak dia orang nie...maklumlah..dah ngantuk...aku tengok adik kawan dia nie asyik control ayu..menahan menguap...lastly kita orang suruh dia makan murtabak...dalam nak tak nak..abis juga murtabak tue..fuh yooooo....

Ok berbalik pada cerita untuk hari nie....aku bangun awal duduk tepi tingkap...tengok manalah tau ada budak-budak main tepi bilik aku nie..bolehlah aku sergah...seronok sergah budak-budak nie..sebab..nanti ader saja jawapan dari dia orang tue...

Bila tengok aje tak ader orang...aku mandi dan bersiap untuk kekedai....pergi breakfast..dan nak membeli sikit barang-barang keperluan dapur. Sampai di kedai..aku order nasi lemak pucuk bidara....dan nescafe ais....sesambil makan tue duduklah usya awek-awek...mak awek...mak budak..pak cik makcik...adik-adik abang-abang..kakak-kakak..atuk...nenek..makan atau beli nasi lemak kat situ...

Lepas aje makan, aku pergi kedai...beli barang-barang skit...cadang nak masak hari nie...Sampai aje di rumah..aku duduk kemas-kemas sikit rumah tue..dan memulakan kerja-kerja mendobi...tak banyak mana pun..ada lah 2-3 helai baju... sesambil mendobi tue..aku tengok TV...tengok majlis Pertabalan SPBYD Agong ke 13.

Abis aje basuh baju...dah mula boring...tak tau nak buat per..aku buka PC dengar lagu..sesambil tue plak aku main game....still lagi boring jam baru masuk pukul 12.30 tghari... Aku hantar sms pada adikku di Putrajaya, tanya nak datang tak..? kalau dia nak datang aku nak ajak dia ke Ijok jumpa dengan bondaku...dia ada disana sekarang nie...berkempen untuk pilihanraya minggu nie. Aku call pula bondaku dia cakap hari nie tak boleh jumpa..busy...coz Pak Lah nak datang..ader meeting katanya.... aduhhhhhh!!!!!!!! dengar saja jawapannya...aku dah mula boring....

Bermakna hari nie..aku duduk sajalah kat rumah tue tak ada apa nak buat. Aku tutup PC..buka TV, main plak PS2....pastu stop kejap sola zohor..dan sambung balik...dalam dok cakap nak masak untuk hari nie...semuanya entah kemana...sedar-sedar dah nak masuk pukul 3.00 ptg...hmm then aku pun terfikir nak pergi ke Timesquare nak pegi beli baju...tapi last sekali...aku pergi Timesquare dalam mimpi...aku boleh plak tertidur...sedar-sedar dah nak masuk asar... Aku start motor then pegi kekedai motor..betulkan nombeor plet motor aku tue...terima kasih kepada cintot kerana mengingatkan...kalau tak memang aku lupa pasal nomber plet tue...

Lepak plak di kedai motor...tunggu dia orang betulkan no plet tue...dalam 20 minit semuanya beres..aku pun start motor..blah....tak sampai 3 minit baru keluar kedai motor, aku rasa semacam aje dengan motor aku nie..coz dia rasa berat dan over handling...aku berhenti tepi..jalan..mak oiiiii..tayar plak pancit..aduhhhhhh...patah balik aku....

Budak mekanik tue..pucat tengok muka aku datang...dengan muka serious aku panggil dia..."Ya abang..?" aku tanya..tadi dia buat apa..? dia cakap dia tukar nomber plet... pastu aku cakap..."tadi engaku tukar nomber plet..sekarang aku nak engkau tengokkan tayar motosikal aku tue...sebab pancit.... ok..? Terkelip-kelip mata dia tengok aku cakap...pastu dia kata pada aku..."Saya ingatkan abang nak marah saya tadi...lagipun saya tak ada buat salah apa-apa"... pastu aku cakap balik..."Engkau ada buat salah dengan aku ker?"...dengan pantas dia "tak ada-tak ada" - dalam sleng Indonesia... nak tergelak pun ada aku tengok budak tue...

Habis betulkan tayar, aku terus blah...tapi singgah kejap dekat kedai jual kuih...aku beli kuih cengkodok..karipap...cakoi..dll...banyak plak tue... lepas bayar baru aku terfikir..yang aku beli banyak-banyak nie apahal...aku duduk sorang aje kat umah tue...lerrrrrrrrrr....

Sebelum aku nak corner masuk dekat rumah aku...nampak plak kedai sup....aku singgah..makan pula sup....sedap betul....memang sah...kuih aku beli tue..alamatnya aku sedekah kan pada anak-anak jiran aku. Aku tahu diaorang tue pantang dioffer..macam anak burung...nganga mulut nak makan.

Abis makan akau terus balik...nak jadi cerita ramai bebeudak tue main kat parking lot aku...aku pun bagilah pada dia orang...mak oi...direntapnya beg plastik kuih tue...x cakap pun tima kasih...geleng kepala aje aku nie...daripada laki..pompuan..semua sama aje..Pastu aku masuk ke rumah, solat dulu then...duduk tepi balkoni..merenung masa depan....sesambil tue lipat baju.

Kemudian aku masuk bilik baca magazine...sampailah..maghrib....lepas solat maghrib...aku lepak aje dalam bilik..main game....tengok tv...main game..tengok tv..itulah keje aku..sampailah sedar-sedar aje...dah pun lelap.....



Kempen Anti Dadah Peringkat Kebangsaan


Disini aku ingin kongsi bersama kawan-kawan semua salah satu aktiviti yang dilakukan olehku. Salah satunya ialah Kempen Anti Dadah - Belia Anti Dadah yang dianjurkan bertempat di Tampin, Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri serta Menteri Besar Negeri Sembilan.
Dalam acara tersebut, aku di tugaskan sebagai anggota pengiring kepada VVIP yang hadir. Seperti biasa tugas kami ialah sebagai sweeper iaitu memantau pergerakan trafik dan juga keselamatan yang mengikuti convoy. Last man pula mempastikan tiada kenderaan luar memotong convoy.
Pergerakan kami melibatkan lebih 20 motosikal berkuasa tinggi, tidak termasuk motosikal dari pihak trafik.

Kami bergerak dari Kuala Lumpur iaitu dalam pukul 3.00 petang, dimana majlis akan dimulakan pada pukul 8.30 malam. Sebelum bergerak, taklimat keselamatan diberikan oleh Team Leader untuk mempastikan pergerakan kami berjalan lancar. Lepas tue pulak kami semua diarahkan pakai T-shirt khas yang diberikan. nak tak nak kenalah pakai T-shirt free yang diberi. Pakai ajelah...janji muat.



Alhamdulillah, semasa perjalanan kami disana semua ok. Tidak ada sebarang kemalangan yang berlaku. Setibanya kami di Tampin, keadaan menjadi sedikit sesak kerana orang ramai mula memenuhi kiri dan kanan jalan apabila melihat aku mula masuk ke pekan. Sweeper memang akan masuk dahulu sebelum convoy masuk ke lokasi. Aku terus memberi isyarat kepada anggota-anggota yang bertugas agar bersiap sedia untuk menerima kehadiran convoy. Sememangnya ramai anggota dari Tampin telah bersedia menanti dengan kehadiran kami. Tanpa membuang masa aku mengarahkan semua kenderaan pengiring berpecah bagi memudahkan kenderaan VIP masuk kedalam. Semua kenderaan pengiring di alirkan kekawasan khas yang telah disediakan.

Kami semua berkumpul semula dan mendengar taklimat dari pihak berwajib di Tampin sebelum duduk berehat menantikan majlis bermula. Rupa-rupanya, kami tiba awal beberapa jam dari jadual yang diberikan. Bermakna, selepas nie, kami kena keluar balik sambut pula MB Negeri Sembilan dan Menteri. Dah jadi dua kali kerja. Tapi nak buat camne..dah tugas macam tue... so kami duduk balik dah plan rancangan perjalanan keluar masuk. Bermakna yang kita orang iring sebentar tadi tue..pegawai-pegawainye aje...x perasan plak tue...sebab cermin gelap...



Jadi kami pun duduk lepak..sementara nak tunggu malam... Di dalam kempen ini banyak pameran-pameran statik mengenai penyalahgunaan dadah serta demontrasi dari agensi-agensi keselamatan. Ramai pengunjung yang hadir, maklumlah bukannya selalu event yang sebegini dibuat disini.



Lepas solat maghrib di Balai Polis Tampin, kami pun berkumpul untuk program seterusnya.....
Lebih kurang pukul 8.00 mlm kami keluar menyambut MB Negeri Sembilan dan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Semuanya berjalan lancar. Dalam pukul 10.30 malam kami semua bergerak pulang ke Kuala Lumpur... memang letih sangat malam tue...aku samapi aje rumah terus tidur..sempat buka but aje...depan hall aku bantai tidur zzzZZZZ.... nyaman...

Selasa 24 April 2007

There is freedom within,
there is freedom without
Try to catch the deluge in a paper cup
Theres a battle ahead, many battles are lost
But youll never see the end of the road
While youre travelling with me
Hey now, hey now
Dont dream its over
Hey now, hey now
When the world comes in
They come, they come
To build a wall between us
We know they wont win
Now Im towing my car, theres a hole in the roof
My possessions are causing me suspicion but theres no proof
In the paper today tales of war and of waste
But you turn right over to the t.v. page
Hey now, hey now
Dont dream its over
Hey now, hey now
When the world comes in
They come, they come
To build a wall between us
We know they wont win
Now Im walking again
to the beat of a drum
And Im counting the steps to the door of your heart
Only shadows ahead barely clearing the roof
Get to know the feeling of liberation and relief
Hey now, hey now
Dont dream its over
Hey now, hey now
When the world comes in
They come, they come
To build a wall between us
Dont ever let them win

Tuesday 10 April 2007

Bosan betul aku hari nie. Ntah tak tau kenapa...rasa macam nak balik ke kampung.. Atau mungkin aku ke Singapore. Dapat juga aku lepak-lepak disana. Bersantai di megamall atau habiskan masa ku di kebun. Kalau di kampung nak extra money..pokok duit ada didepan mata. Cakar aje....dapatlah duit.

Dulu kalau aku rasa boring..bosan...aku keluar ride....bawa motor laju2..selagi jarum meter tue tak pusing abis...selagi tuelah aku pulas throttle... pernah suatu masa dulu...frust nye pasal...aku rasa..tol Tanjung Malim tue aku buat U-Turn 4 kali... dari tol Shah Alam... tengah malam plak tue.



Tapi sekarang tak lagi coz...ntah..mungkin sebab dah bosan rasanya... Ish..bosan betul. nak menulis nie pun boring... nak usya awek didalam opis aku nie pun...tak ada yang available..semuanya..mak-mak budak...kalau ader yang bujang tue...tak berkenanlah plak hati nie.Kalau balik kampung, dapatlah aku pergi pancing ikan....dan buatlah aktiviti-aktiviti kampung.


Selain tu juga, aku berjogging didalam kebun getah atau naik motor ronda dalam kebun atau pun kampung. Kalau betul-betul boring sangat, aku pergi tepi pantai..tengok sunset. Layan perasaan. Aku tau diri aku nie tak ada sesiapa...cuma yang ada hanyalah family. Susah senang pun tak semua orang yang tahu. Cuma ada seorang aje yang paham isi hati aku nie. My mum.

Di kampung, di tengok aku duduk sorang-sorang bawa diri...tepi kolam..dalam kebun...dll...mesti dia akan bertanya akan masalah yang aku hadapi.

Kalau aku tak leh nak control sangat aku menangis aje depan dia. Depan bapa aku, susah aku nak menangis. Sedih macamana pun hati nie, memang aku tak kan menangis. Ntahlah. aku sendiri pun tak tau kenapa. Nak kata control macho, x derlah jugak...tapi entahlah....

Minggu depan mungkin aku ke Singapore...lepak disana...