Suatu hari di....

Malam tadi aku terima panggilan dari rakanku minta aku serta rakan-rakan yang lain ikut serta dalam "border patrol" .Lalu aku pun bertanya padanya apa yang perlu aku bawa..dia jawab pakai macam biasa saja. Jadi hari nie aku pun bersiap awal untuk pergi mengikuti beliau.

Aku pun buatlah sedikit persediaan 1 hari untuk masuk kehutan. Aku masukkan beberapa peralatan First Aid Kit....Walkie Talkie....Glove....towel muka...dan beberapa barangan survival kit. Last and for all kamera digital SLR aku...yang nie mamang aku tak pernah tinggal.
Selepas mendobi pakaian aku pun bergegas kerumahnya. Disana aku dapati sudah ada beberapa rakanku yang terlebih dahulu sampai. Jadi kami pun duduklah lepak sementara menunggu rakan-rakan yang lain.
Lalu mereka bertanyalah padaku...."Hang nak pi mana pakai macam nie...?". Aku pun jawablah...pergi dengan dia oranglah...mana lagi... Dia orang cakaplah....takkan aku nie tak tahu yang hari nie nak masuk hutan....bukannya nak gi tengok wayang di KLCC... Aku pun jawablah yang malam tadi..adalah hamba Allah tue cakap..pakai macam biasa...jadi aku pun pakailah macam biasa... Berdekah-dekah dia orang ketawakan aku......sabar ajelah. Terfikir juga aku...kenapalah aku tak pakai baju untuk masuk kehutan.... apalah yang buat aku bengong sangat hari nie.....

Memang betul cakap dia orang tue....aku nie betul-betul macam nak pergi tengok wayang...ishhh....dah terbayang apa yang bakal terjadi didalam hutan nanti bila aku pakai macam nie. Dengan nyamuk....pacat....binatang buas...ish...ish..macam lagi bermain di kepala.

Selepas lebih kurang 20 minit menunggu barulah semua rakan-rakan telah pun tiba. Kami pun bergerak kesana dengan menaiki 2 kenderaan pacuan 4 roda. Aku juga difahamkan akan ada satu lagi team yang akan ikut serta dan mereka akan menunggu kami di tepi highway. Jadi pada hari ramailah yang akan berkunjung nun didalam hutan sana....lagi ramai lagi bagus....

20 minit memandu..akhirnya kami bertemu dengan team yang dimaksudkan. Kami berhubung dengan walkie talkie diantara satu sama lain untuk mempastikan semua perlatan berfungsi. Baik diantara individu ke individu..kenderaan ke kenderaan dan begitu juga pusat kawalan yang memantau perhubungan radio kami. Segala maklumat dilaporkan setiap masa.

Sampai saja di tempat yang dimaksudkan...kami semua terus mengambil peralatan masing-masing sebelum menerus perjalanan kami kedalam hutan. Kami masuk dengan berjalan kaki. Peralatan GPS diaktifkan begitu juga walkie talkie. Seperti biasa taklimat ringkas mengenai keselamatan di berikan sebelum meneruskan perjalanan.

Setelah berjalan hampir 2 jam, kami berpecah kepada dua kumpulan. Kami bergerak mengikut gred reference peta yang diberikan. Di dalam peta aku dapati kawasan yang bakal aku temui adalah kawasan berpaya dan berhampiran anak sungai, manakala kumpulan satu lagi ialah kawasan bertanah pamah. Tugas kami ialah meletakan marking atau penanda dan juga mempastikan kawasan itu bebas dari sebarang binatang buas serta penceroboh tanah. Kami juga membuat plotting pada peralatan GPS untuk menentukan ketepatan marker serta membuat sedikit catatan.

Setelah membuat tinjauan dan kerja-kerja menanda selesai kami bertemu kembali dikawasan yang dijanjikan. Penat jugalah aku dibuatnya...kami berhenti seketika untuk makan tengahari...
Lama juga tak makan tengah-tengah hutan nie....bunyi unggas serta binatang-binatang lain seolah-olah menyambut kehadiran kami. Selesai saja makan, kami kemaskan tempat tersebut dan buat final clearance sebelum meninggalkan tapak rehat tadi. Semua sampah dimasukkan kedalam plastik dan tidak ada satu pun sisa makan ditinggalkan bertaburan. Sampah tersebut dibawa keluar....

Kami tiba di kenderaan lebih kurang pukul 4.30 petang....kemudian kami pun bertolak pulang. Sebelum pulang kami singgah sebentar di kedai mamak...minum teh....lepas minum kami pun bersurai....

19th May 2007 - Grand Finale

Grand Final

Aku terus berjalan kebilik menunggu...bukan main panas lagi rasanya...aku buka jacket terus baring dilantai. Macam nak meletup rasanya kepalaku...tak ada siapa pun tahu masalahku. Aku minum sedikit air kemudian aku sambung baring dan merenung ke siling. Aku lihat semua kawan-kawanku duduk lepak dibawah khemah. Aku mabil kesemptan nie untuk rehat seketika sementara menunggu last result Final tadi. Aku layak atau tidak, itu tidak menjadi sebarang persoalan kerana melihat dari keadaan yang aku alami sekarang, memang aku tak berhasrat lagi untuk meneruskan lagi hasratku untuk berlumba. Biar sampai disini sahaja. Kalau tidak mempunyai kekuatan fizikal atau pun mental aku tidak sampai ketahap ini....

Lebih kurang 20 minit berehat...aku bangun dan terus kebawah khemah bersama kawan-kawanku....sampai disana..namaku disebut...menandakan aku layak ke Grand Final....aku diantara 10 orang terpilih untuk acara ini... Tanpa membuang masa aku terus bertanyakan kepada kawan-kawanku...siapa yang sanggup menggantikan tempatku sebab aku dah tak berdaya lagi. Nak muntah...pitam...dan ditambahkan lagi dengan darah yang keluar dari hidungku.... namun tak ada sesiapa pun yang sanggup untuk mengharungi panas terik diluar sana....

Lalu aku mengenakan kembali jacket serta membawa helmetku menuju ke track. Di sana nama kami dipanggil untuk cabutan undi bagi mengambil petak masing-masing. Dalam cabutan undi tersebut aku mendapat petak yang ke 7. Yang pasti berada ditengah-tengah para pelumba. Didalam perlumbaan akhir ini, hanya seorang pelumba wanita sahaja yang layak untuk menghadapi acara ini. Yang pasti aku kena memintasnya...kalau tak nanti dipejabat aku kena kutuk kalau tak dapat pintasnya. Jadi untuk kali ini aku akan memulakan perang psyhcology keatas semua peserta. Aku akan lakukan apa yang patut bagi memenangi perlumbaan ini.

Isyarat untuk masuk kedalam kereta telah diberikan.....setiap pelumba diminta menandatangani borang kereta masing-masing.... lalu kami diberikan 2 minit masa seketika sebelum perlumbaan bermula. Bahang panas dari track dan enjin mula terasa. Aku turunkan sedikit visorku agar memudahkan pengaliran udara luar masuk kerana sepanjang perlumbaan yang terdahulu..visorku ditutup kemas tapi udara tidak masuk dengan lancar membuatkan aku rasa mahu pitam. Lainlah sekiranya aku menunggang motosikal...visor perlu ditutup kemas dan berkunci..demi keselamatan dan ianya dapat memudahkan udara masuk kedalam helmet. Kelajuan Go-cart tidak menyamai kelajuan motorsikal...Go-cart hanya mampu mencecah 110km/h manakala motorsikal mampu mencecah 310km/h...jadi udara luar masuk begitu lancar kedalah helmet...seperti aircond... kelajuan yang pernah ku capai.

Bendera diangkat tinggi memimta semua pemandu bersedia untuk bila-bila masa.... Bendera dijatuhkan...bermulalah perlumbaan Grand Final....aku terus memecut laju....cuba memintas meraka yang berda dihadapan. Sampai diselekoh pertama semua kerata mengikuti rapat diantara satu sama lain. Potong memotong diantara semua peserta diselekoh menjadikan perlumbaan ini bertambah menarik dan sengit. Aku pula diikuti rapat oleh peserta wanita tunggal...iaitu Fiza....memang rasa tercabar dan juga seronok bila dia cuba memintasku....tiap kali dia cuba memintas....aku tolehkan mukaku kepadanya....bengang aku tengok dia padaku...

Berlaku juga beberapa kemalangan...melibatkan peserta lain....aku pula hampir terbabas kerana aku dah rasa macam nak pitam...sedar-sedar aje aku tengok keretaku menjajar kerumput...dan Fiza memotongku.... tapi aku tak putus asa..aku masuk balik kedalam track mengejarnya...dan aku berjaya memotongnya....diwaktu itu kami berada didalam kelompok 4-5.





Sedikit demi sedikit aku berjaya menjarakkan kedudukan....dan sekarang aku bersaing pula untuk tempat ketiga.....tinggal lagi 3 lap untuk tamat perlumbaan....Akhirnya aku berjaya juga memotong pemandu tempat ke 3....kejar mengejar diantara kami membuatkan para penonton menjerit-jerit diluar track...memang hebat semuanya. Aku lihat ada beberapa pelumba berbangsa asing memberikan sokongan kepada kami. Kami berdua tidak lekang dari lensa kamera mereka....rasa macam worldchampion plak.

Tanda isyarat "Last Lap" diangkat menandakan perlumbaan tinggal satu lap saja lagi...aku masih lagi berada ditempat ke-3.....selekoh demi selekoh aku ambil....pemandu ditempat ke 4 hanay berada dibelakangku...beberapa kali keretanya melanggar belakangku....samapi diselekoh terakhir keretaku tersasar sedikit membuatkan beliau berjaya..memintasku disaat terakhir....Aku hanya mampu melihat..kerana aku tahu...tidak ada apa yang dapat aku lakukan pada waktu ini...hanya perlu menerima kenyataan yang aku sekarang berada ditempat ke-4.


Tapi aku bersyukur semuanya tamat kerana....aku pun dah tak tahan lagi....bagai nak pengsan rasanya....kami pun memandu perlahan sambil melambai-lambaikan tangan kepada penonton diluar....seperti Formula One.... Hebat....

Masuk di pit....menjerit-jerit orang diluar memuji cara pemanduan kami...sempat juga kami bergurau senda sambil berjalan keluar untuk majlis penerimaan hadiah....Setelah kami rehat seketika, lalu majlis penyampaian hadiah dilakukan....dengan meriah....aku menerima hadiah berupa beg kembara....terus aku buka beg tue dan galas balik. Aku berharap acara seperti ini dapat diadakan lagi demi mengeratkan lagi persahabatan diantara vendor dan begitu juga kakitangan.... Tahniah aku ucap kepada Juara serta semua yang mengambil bahagian..."You're All Great!!!!

Aku tidak terus pulang....tapi terus kerumah sahabatku di Damansara.....rasa macam nak pitam...aku telefonnya dan mintakan dia menghantarku pulang....sebab dah kritikal sangat nie... Dia menyuruh aku tidur sepanjang perjalanan pulang...memang aku tidur pun..sedar-sedar aje dah sampai....







Aku masuk kedalam rumah....tanpa membuang kasut..aku campak beg...terus tidur depan muka pintu....sedar-sedar aje....dah pun gelap dan aku dapati...darah dah mula penuh dimukaku...darah keluar bila aku tertidur tadi..... aku pun menelefon sepupuku....kami ke ICU..... aku kena tahan wad....

19hb May 2007 Sabtu - Part 3

Saringan Pertama

Panassss..memang panas....bagai nak pitam aku dibuatnya...macamanalah driver Formula One tue boleh tahan dengan semua nie... Kejap aje sebotol air mineral aku tunggang....pastu plak aku terus ke bilik air..basuhkan kepala...dan badan.... Aku tengok cermin didalam bilik air aku lihat anak mataku membesar dan mengecil....aku dapat rasakan hari nie silap hari bulan aku dikejarkan kehospital. Aku boleh rasakan pada spinal cord aku ada getaran dan seperti bubble bergerak-gerak didalamnya... memang tak dapat dinafikan lagi...keadaan akan berubah bila-bila masa. Aku perlu bertahan sehingga tamat semua ini.


Keluar sahaja aku daripada bilik air, aku dapati acara peringkat saringan pertama sudah pun bermula dan tinggal hanya beberapa lap sahaja lagi akan tamat. Kemudian selepas itu, giliran aku pula menyusul. Aku mencari suatu sudut dimana tiada orang berada dan disitu aku duduk menahan sakit yang semakin datang kepada diriku.
Tamat...saringan pertama..sekarang giliran aku pula. Suhu bertambah panas...bahang panas terik mula terasa pada jentera dan juga pemandu. Aku merupakan peserta terakhir masuk kedalam kereta. Didalam pusingan ini, aku diletakkan dipetak terakhir kerana lambat masuk kedalam track. Lagi pun dalam acara ini..ianya first come first serve...siapa cepat dapatlah dia kereta dipetak hadapan. Aku pula mempunyai masalah tersendiri..jadi aku masuk lewat.

Marshall mengambil tempat...bendera dikibarkan..bermula saringan pertama bagi diriku untuk hari ni. Aku bertekad untuk mara keperingkat akhir pada hari ini. Aku hanya mampu berdoa dan bertahan agar aku tak menghadapi sebarang masalah kepadaku pada hari ini. Dalam lap pertama , aku masih lagi berada di kedudukan ke 10, iaitu kedudukan terakhir daripada 10 pelumba.

Sebanyak 7 pusingan perlu dihabiskan untuk acara ini dan hanya peserta pertama hingga ketempat lima yang hanya layak untuk pusingan seterusnya. Masuk sahaja pusingan kedua, pemandu yang berda di tempat ke-9 memberikan aku ruang untuk memotong..lalu tanpa membuang masa aku mengambil peluang tersebut. Kemudian barulah aku selesa untuk memecut selaju-lajunya kerana pemandu tadi banyak menghalang laluanku.


Satu demi satu kereta aku pintas dan sekarang aku berada di tempat ke 6. Tinggal lagi 2 pusingan untuk tamat. Jarak aku dengan pemandi dihadapan tidaklah jauh tetapi apabila berada diselekoh mereka banyak menutup ruang padaku untuk memintas. Dalam hati aku berkata, bilalah mereka akan melakukan kesilapan..? Bagaikan doaku dimakbul, tiba-tiba dua kereta yang berada dihadapanku terlibat didalam kemalangan. Kedua kereta berpusing ditrack mengakibatkan kerata yang berada dibelakang ku merempuh salah satu kereta, manakala aku pula terselamat daripada kemalangan tersebut.

Aku terus memecut hinggalah ke garisan penamat...Aku mendapat tempat ke 4 untuk saringan pertama dan melayakkan aku untuk saringan kedua. Keluar saja dari kereta..aku terus capai air mineral....minum sepuas-puasnya....





Saringan Kedua - Final

Habis sahaja saringan pertama, kami semua berhenti untuk makan tengahari. Aku pula terus masuk kedalam bilik menunggu yang sememangnya beraircond. Aku terus baring kat atas lantai. Ada juga kawan-kawan ingat aku pengsan. Tapi aku cakap aku tak apa-apa. Lepas baring seketika, barulah aku makan sedikit nasi yang disediakan. Tak berani aku nak ambil banyak sebab dengan keadaan yang aku alami sekarang mungkin boleh membuatkan aku muntah-muntah. Memang panas betul kepalaku sekarang...aku dapat rasakan ada cecair panas mengalir keluar dari hidungku. Bila aku kesat ianya darah...cepat-cepat aku kesat. nasib baik kawan-kawan yang lain tak perasan. Kalau tak memang aku tak dapat meneruskan perlumbaan ini.

30 minit berlalu...kami semua dipanggil untuk meneruskan saringan kedua. Aku pun mengambil tempat kali ini aku dapat petak ke 9. Kali ni depan sedikit daripada saringan pertama tadi. Bendera dikibarkan...tanpa membuang masa aku terus memecut...sampai saja diselekoh pertama aku terus memintas 2 buah kereta dan terus mengejar kereta-kereta dihadapan ku.

Bila aku menghampiri lap ke 4, tiba-tiba kepala ku terasa seperti gelap....kereta ku berpusing-pusing dan terbabas diatas rumput. Tiba-tiba seperti ada benda mengetuk kepalaku membuatkan aku tersedar...aku terus mengawal keretaku kembali kedalam track. Di waktu itu aku sudah pun berada di tempat ke 4. Ada beberapa peserta cuba memintasku apabila melihat keadaan aku. Aku lihat marshall sudah mengibarkan bendera kuning menandakan yang aku sedang menghadapi masalah

Namun aku tetap bertahan hinggalah penamat walaupun ada beberapa kali kereta ku dirempuh dari belakang ketika diselekoh. Aku tidak mampu lagi memecut bukan kerana jenteraku tidak berkuasa tapi disebabkan keadaanku yang sememangnya tidak fit ketika ini. Mata aku pula meliar melihatkan kepada marshall akan papan isyarat "Last Lap".... Akhirnya semuanya tamat..... sampai di pit..akui sudah tidak mampu bangun lagi.... Aku pun tak tahu akan kedudukanku ketika itu..samada layak atau pun tidak....

Aku terus berjalan segagah mungkin menuju kebilik menunggu...

19hb May 2007, Part 2

Sampai saja aku didepan Speedway Plus, aku lihat adalah beberapa budak-budak kecil dalam lingkungan umur 12 tahun kebawah sedang layan lap didalam track. Terpegun aku lihat skill yang mereka tunjukkan pada kami. Rasa tercabar pun ader.....memang terror....boleh kalah aku kalau race dengan dia orang.
Aku pun berlalu dan duduk ditempat menunggu yang memang disediakan kepada pengunjung disitu. Ramai kawan-kawanku dah mula masuk bersama keluarga kesini. Macam-macam gelagat yang dapat aku lihat...kalau di pejabat ada yang memang perangai macam setan, tapi hari nie ada yang jadi baik....memang baiklah....kalau pijak semut pun belum tentu hidup....dan ada juga perangai yang sebaliknya. Control jangan tak control...kata aku dalam hati.



Kemudian kami dihidang sarapan pagi....ishhhhhhhh berapa kali makan daaaaaaaa....aku yang baru lepas sarapan tadi pun...nak tak nak..tibai juga...segala juadah yang mereka hidang....orang cakap tak elok..kalau tuan rumah suruh makan...jadi kenalah makan sikit...nanti tuan rumah kecik hati juga....tapi yang pastinya..belum sempat tuan rumah suruh makan..kami dah pun serang tempat orang sediakan makanan tue.... aku tau..vendor kita orang tue mesti bengangnye...nak marah tak boleh..sebab kami nie ramai....hehehehe...



Lepas makan, adalah sedikit ucapan ringkas dari pihak penganjur serta boss kita orang. Lepas tue kami diberikan taklimat ringkas tentang aspek-aspek keselamatan didalam mahu pun diluar track..(macam Formula One) lah plak rasanya.... Semuanya duduk diam aje....ada terkelip-kelip biji mata...yang tak kelip pun ada tengok instructor...kibar-kibarkan bendera.. tak kurangnya pula..ada yang tanya soalan bodoh...."Go cart nie ada signal tak..?".."Top Speed berapa..? "Kenapa tak ada cermin sisi macam kereta F1..?" dan macam-macam....


Perlumbaan pada hari ni dibahagikan kepada beberapa kategori....iaitu "expert"...berat badan lebih dari 75kg....dan kurang daripada 75kg. Aku pula masuk dalam kategori kurang daripada 75kg. Sebab berat aku..70 kg aje...ehhh..silap..73kg kot...hmmmmm ntah...aku pun lupa...aku pakai masuk aje...hmmmm dan aku dimasukkan dalam Team B..semuanya da 4 team..A,B,C dan D

Setiap peserta akan benarkan berlatih selama 5 lap di track sebelum perlumbaan saringan bermula. Selepas perlumbaan saringan..ada lagi pula saringan kedua sebelum Final dan Grand Final. Jadi berkumpulah kami ditepi track melihatkan keadaan track dan sesambil tue..mengatur strategi untuk perlumbaan ini. Aku juga diberitahu bahawa hanya 5 orang pemandu sahaja yang berpeluang untuk keperlumbaan seterusnya jika berjaya menduduki tempat pertama hingga kelima....begitulah sampai ke Grand Final.


Belum sempat nak berehat..Team A dan Team B dipanggil ketrack untuk mengambil tempat. Iaitu pusingan berlatih...berlatih bawa kereta...tekan brek..ambil corner..langgar corner...naik devider..dan lain-lain lagi... Kami pun ditunjukkan cara-cara handling Go Cart nie....lepas tue adalah satu pesanan daripada instructor tue..iaitu..jangan pegang enjin..sebab boleh membuatkan kulit melecur....semua kawan-kawan tengok aku...sebab aku seorang saja yang pakai jacket lumba..dia orang semua hanya ber T-shirt aje....lepas tue....dia cakap lagi..helmet kena selalu tutup dan diikat kemas....demi keselamatan... semua orang tengok aku lagi.... pegang stering dengan betul...sebab ianya mudah terlepas kalau tak pegang kemas...lagi aku dia orang pandang.... kemudian..kasut plak tak leh pakai selipar....lagi sekali dia orang jeling pada aku....

Aku cakap pada dia orang..."Apahal..?" Semua geleng kepala saja....dalam hati aku...aku cakap..kalau dah tahu nak datang beracing...pakailah pakaian yang sesuai..nie semua macam nak gi lepak dekat KLCC...
Setelah semua penerangan selesai...lalu Team A diberi penghormatan untuk memulakan latihan.Berebutlah dia orang nak ambil kereta....pendek kata nak duduk dipetak hadapan. Kami pun semua duduk ditepi track melihat kawan-kawan aku nie test skill masing-masing. Suhu di track dah pun semakin panas walaupun baru masuk pukul 9.30 pagi...

Dalam sesi latihan nie..aku lihat berbagai-bagai ragam kawan-kawan aku nie....ada yang lambai tangan..tunjuk penumbuk...langgar dari belakang....yang lebih ketara...yang mesin rumput pun ade (terbabas atas rumput)..... Lepas adalah suara-suara yang berbunyi kat tepi aku nie...."Aku nak kereta no 1....nak kereta no 9.." dan macam-macam....semuanya nak berebut kereta....kononnya kereta nie laju.... bagi aku...apa yang aku dapat...itu sajalah bawa pakai....kalau laju..tapi tak pandai bawa, tak guna juga....

Hari nie saja aku dapat lihat berbagai-bagi skill yang di tunjukkan oleh kawan-kawanku ini. Hikmat Drift...Hikmat Rally...Hikmat Memotong Rumput....Hikmat Melanggar Apa-apa dihadapan....dan macam-macam hikmat yang tak pernah aku tengok pun ada...memang hebat. mana dia orang belajar pun aku tak tahu. tapi yang pasti semuanya menghiburkan kami semua yang ader di tepi track nie...nak pecah perut kami semua dibuatnya..Tahan ketawa...
Habis saja team A berlatih, sekarang giliran aku pula nak masuk ke track.....berdebar rasanya jantung aku bila duduk saja didalam kereta. Rasanya macam Formula One.... cameraman pula tak habis-habis ambil gambar aku....maklumlah..cukup sifat...hehehehe.... Kalah menang belakang kira...janji bergaya....
Marshall pun mengibarkan bendera..maka bermulalah sesi latihan bagi siri perlumbaan Go-cart bertempat di Speedway Plus. Kawan-kawan ditepi track bersorak-sorak bila kami baru mengambil selekoh pertama. Kami terus memecut laju..menguji kehebatan kereta serta kecekapan masing-masing mengambil selekoh...

Memang...kereta aku memang laju....aku hampir berlanggar diantara satu sama lain. Bahang diatas track serta enjin mula terasa di mukaku. Tapi aku bersyukur kerana memakai pakaian yang lengkap jadi ianya tidak menimbulkan masalah yang besar berbanding kawan-kawanku yang lain.
Selekoh demi selekoh aku ambil..dan akirnya aku berjaya menyesuaikan diri dengan jenteraku ini. Nama pun sesi latihan, jadi aku tak akan menunjukkan kehebatan sebenar kerana tidak mahu skill aku diketahui umum sehingga sesi perlumbaan sebenar. Amboi....cakap macam terror yer....korang semua nak tahu...macam nak tercabut kepala aku bila ambil selekoh-selekoh tue....dia punya G-Force....dah boleh buat kita pening..nak muntah-muntah....

Habis saja sesi latihan...aku terus berlari kekhemah cari air....dahaga sangat....nak muntah pun ada....memanglah betul nasihat doctor aku..... aku tak boleh bersukan extreme lagi nanti aku yang dapat susah....memang dah susah pun....memang dah cari penyakit....

Dalam hati aku berkata...ini baru sesi latihan...belum yang betul lagi....aduuuhhhhhhhhhh....

Satu Penantian

Kau yang ku sayang
Dari dulu, kini dan selama-lamanya
Sebelum kenal dirimu
Sebelum jumpa dirimu
Kau sering datang dalam mimpiku
Kata hatiku
Selalu membisik kau adalah milikku
Biar lama pun kutunggu
Saat kedewasaanmu
Daku tak pernah jemu menantimu
Disaat ku sendiri
Ku bayangkan wajahmu
Terkadang ku berilusi
Tentang dikau dan aku
Ku harapkan semua ini
Esok kan jadi kenyataan
Dan aku berjanji
Kan ku bahagiakan dirimu selamanya
Kuharapkan semua ini
Akan segera terjadi
Dan semoga nanti
Bukan sekadar impian belaka

19hb May 2007 - Sabtu Pt 1


Dari malam tadi aku tak dapat tidur. Memikirkan apa yang bakal berlaku pada hari ini. Hari nie bertempat di Plus Speedline aku akan berlumba Go-Cart. Salah satu hobi extreme yang aku minati. Tapi atas arahan doctor aku terpaksa membataskan diriku dari melibatkan diri dari aktiviti-aktiviti extreme. Tapi untuk hari ini aku tak peduli....apa nak jadi-jadilah sebab dah lama tak main go-cart.

Tepat jam 7.30 pagi, aku meneruskan perjalananku kesana dengan motosikal. Acara ini dijadual bermula pada pukul 9.00 pagi. Ia adalah anjuran bersama daripada pihak vendor dengan majikanku. Ia hanya kejohanan tertutup, jadi tak semua orang boleh berlumba pada hari ini. Hanya mereka yang berdaftar saja dibenarkan berlumba.





Dalam dua tiga hari lepas, aku asyik disindir oleh teman-teman setugas. Ramai dikalangan mereka bertanyakan, samada aku fit atau mahir dalam sukan nie. Aku hanya mampu senyum dan tak mahu mengulas panjang kerana tak mahu dianggap bercakap besar atau "omong kosong".



Lebih kurang 20 minit menuggang, sampailah aku di sana. Aku dapati hanya seorang saja sahabatku yang sedang duduk menunggu. Jadi aku mengambil keputusan untuk pergi kestesen minyak yang ada disitu untuk menjamah sarapan pagi.
Ketika aku sedang menjamah sandwich, barulah nampak seorang demi seorang rakan-rakanku sampai bersama keluarga masing-masing....

Aku hanya duduk disitu seorang diri sambil memerhatikan gelagat kawan-kawanku. Selepas saja aku sarapan, tanpa membuang masa aku start motor dan terus ke track.... Hari ini datang untuk berlumba....bukannya datang untuk bersedih. Aku juga berdoa agar hari ini aku akan dinobatkan sebagai juara..... "Ya...Malaysia Boleh....Boleh Blah....." - kata Cik Ina...

E'man Tak Kisah - Part 2

Seperti yang telah dijanjikan, lepas aje kami makan kenduri....kami terus shoot rumah Ayong. Lebih kurang dalam 30 minit sampailah kami dihadapan rumahnya. But before kami sampai dirumahnya...kami singgah beli goreng pisang. Maklumlah..lapar sangat. Sampai aje di depan rumah Ayong aku lihat mereka pun dah ada terpacak dekat depan Guard House tu.
Mata aku aim satu tempat aje...iaitu E'man...anak Ayong....dalam otak aku dah plan macam-macam nak sakat budak kecik nie. Masuk saja dalam kereta...maknya suruh salam dengan aku...tapi dia buat tak tahu aje....lepas tue kami offerlah goreng pisang nie..dan aku adalah cakap ini Wedges dari KFC.... dia tak mau jugak.....dia cakap dia nak makan di Mc Donald's.... aku pun apa lagi terus cakap "amboi... siapa nak bawa gi sana..?" Lepas tu...jadilah perang mulut dalam kereta tue...pot..pet...pot...pet... Bila aku tengok si E'man nie..aku teringat pada anak saudara aku di kampung... Dato' Mamat... memang tak duduk diam.... Sampaikan penyanyi AF pun dia tau namanya...siap cakap yang mana handsome atau pun tak.... ishhhhhhh budak-budak zaman sekarang....dah terlalu advanced.... kalau tengok maknya...taklah advanced sangat.

20 minit drive sampailah kami di Alamanda...tapi si kecik nie...pot-pet..pot pet....suruh aku masuk sana..masuk sini...itu baru nak parking kereta...dah bergaduh dengan aku....aku tengok Cintot....aku tengok Ayong....dah tak terlayan budak kecik nie. Tapi si kecik nie pulak...asyik tenung muka aku....aku tahu dia tak puas hati.... itu yang best tue....boleh aku sakat lagi. Masuk saja kedalam..dia dah nak ke Mc Donald's...berlari..sana..berlari sini...sesambil tue..dia duduk usya awek-awek yang sebaya dengannya....kami pun sakatlah dia.....dia boleh jawab "Mana ada...."
Nak di jadikan cerita..adalah beruang A&W kat situ...(orang pakai costume) apalagi melalak si kecik nie..takut tengok bear A&W... Aku cakap kalau dia nakal..aku beri pada bear tu. Jadi senyap sekejap si kecik nie....kejap je...tak sampai seminit...di buat hal lagi... Aku tengok Ayong dah penat layan kerenah anaknya tue....aku follow aje dari belakang dengan Cintot. Masuk aje kami ke Mc Donald's...E'man pun placed order...nak happy meal....sebab dapat kereta racing. Maknya pula cakap...dah banyak ada dekat rumah..nanti bukannya nak makan..but nak mainan saja.... Aku pula order Mc Flurry..dan Apple pie....Cintot pula nak minum aje. Lepas tu aku cakap pada cashier yang E'man akan bayar untuk semua nie.... Fuhhhhh aku tengok keningnya dah berkerut....mesti tak puas hati dengan aku....hehehe....10-0 markah untuk aku.



Lepas tue member kita nie pun buat tak tahu aje..terus pergi duduk....sesambil tue kami sakatlah dia dengan budak perempuan yang duduk sebelah meja kita orang nie. Muka dia mencuka aje..dia tengok aje muka aku....lepas tue aderlah juga dia menjawab..menepis hujah-hujah yang ditembak kepadanya. Dia pulak kejap "abang...kejap uncle.." dia panggil aku.... Baru aje aku nak makan Mc Flurry aku..dia dah sergah yang Mc Flurry tue dia yang punya.... aku jawab "Amboi..banyak cantik....tadi E'man order apa..? Ini uncle yang punya tau....." Fuhhhhhhh menjerit dia....aku tenagok Ayong cepat-cepat pergi beli lagi satu Mc Flurry...aku siap acah-acahkan sudu depannya.... Aku tengok dahinya berkerut aje...

Lepas tue Cintot cakaplah yang aku nie ada motor besar....member pun dengan pantas "mana-mana...?" lalu aku pun tunjuklah gambar motor aku padanya...... tahu tak dia cakap apa....? "Tak besar pun..." Dalam hati aku....cakap boleh tahan juga budak nie...kalau bab nak balas dendam nie...." mau aje aku cubit-cubit pipinya.... Pastu dia cakap nak main kat dalam play section dalam Mc Donald's tue.... belum apa-apa dia dah buka kasut...terussssssss aje pergi...



Dalam play section tue, cuma ada satu gelongsor....jadi berebut-rebutlah budak-budak sebaya dengannya nak main.... lepas tue..dia datang balik nak minum..kemudian...dia nak bawa mainannya sekali..konon nak tunjuk pada kawan-kawan barulah....Terus aku sound " TAK BOLEH..!!!!!!!".... dia jawab.."Lecehlah Uncle nie..."...tapi dia tak peduli...dia ambil mainannya dan terus pergi main kat dalam tue.... nak jadi cerita lagi..semua yang main kat dalam tue..semuanya pakai baju merah....macam borialah pula....

Lepas di Mc Donald's aku pun call adikku yang bongsu...minta dia join sekali kita orang disini...dia cakap OK... jadi sementara tunggu dia sampai..kami pun ronda-ronda kat situ...sampai satu ketika kami masuk kedalam Toy Shop....fuhhhhhhhh.....bukan main happy mamat seekor nie....terus jadi baik.... aku pun jalan-jalanlah dalam kedai tue..tengok scale model. Budak kecik nie.....menjerit-jerit panggil nama aku..nak tunjuk pedanglah....kereta remotelah...dan macam-macam lagi....pendek kata....nak bodeklah atau lebih tepat lagi nak "PAU" aku...tapi maknya dah warning....awal-awal lagi.... jadi aku buat tak tahu aje.... aku rasa dalam kedai tue..dengar suaranya aje....
Keluar aje dari kedai mainan kami pun jalanlah kesatu kedai nie....banyaklah jual barang-barang girls. Aku duduk lepaklah kat luar kedai tue....elok aku pusing aje kepala, budak kecik nie dah pun ada depan aku....dia berdiri sambil berbual dengan aku...dalam banyak-banyak topik yang kami bual tiba-tiba ada satu ayat keluar dari mulutnya..."Uncle...awek uncle....lawa tue.."...terkejut aku.... dalam hati aku cakap..."Boleh tahan juga budak nie..macam anak sedara aku yang dekat kampung tue....taste pun boleh tahan juga...." Aku pun report pada maknya....dan dia boleh jawab.."Mana ada.." Kemudian maknya sakatlah dia tanya nak beli tak baju dalam...bila kami lalu depan satu kedai jual pakaian dalam.... Nak tergelak aku tengok gelagatnya tahan malu....lawak betul...
Then kita orang pergi ke pusat bowling nak bertanya berapa harga coz kawan Ayong nak book untuk company nye....nak buat game disitu... Si kecik nie dan Cintot masuk tempat game.... main lumba kereta. Aku pula duduk teman Ayong kat Bowling Center tue....


Lepas dapat serba sedikit maklumat, aku dan Ayong masuklah ketempat game tue...tengok si kecik nie..nak main game....Fuhhhh nak main game yang hebat-hebat..tapi lupa diri sebab tak cukup inci... Dia nak main game lumba motor... nak tak nak...maknya pun masuklah token.... bayangkanlah....motor tue besar...tinggi... si kecik nie plak...dah ler kecik...tak cukup inci plak tue....jadi bila dia duduk atas motor tue...sebijik macam Mat Rempit tengah buat superman....yang tolong handle kan motor tue plak.."AKU".... Bila sampai lap aje....tolaklah aku kekiri dan kekanan...dia nie plak asyik bersuperman aje....keras aje atas motor tue... memang lawak....

Berpeluh beb!....bukan setakat aku....rider pun sama....berpeluh sebab bawa motor laju sangat....aku rasa dia terkejut sebab dapat handle motor dengan begitu baik sekali.... Bila dah habis main game..dengan bangganya plak tue...cakap dia dah menang..pada hal aku yang berpeluh kat belakang nie duduk menolak...menarik motor tue...

Habis main game..kami naik atas ke Famous Amos...lepas tue kami lepak sekejap dekat fountain dalam mall tue sementara menunggu adik aku datang. E'man plak mainlah dengan permainannya tue kat tengah ruang lapang dalam mall tue...lari sana..lari sini...baring...tidur..bergolek sana..bergolek sini.... kira activelah juga....sebab seluar putih yang dipakai tue...boleh tukar color....ke hitam...punyalah terror. Boleh masuk iklan sabun cuci pakaianlah kalau macam nie.



Kemudian adik aku pun sampai...kami lepak kejap kat situ.... adik aku nie asyik geleng kepala saja tengok si E'man nie then kami pun pergi ke food court. Lepak dekat situ. Sedang kami duduk lepak...tiba-tiba datang pula best friends Cintot kebetulan lalu kat situ...salah seorang tue pulak kawannya nie jenis berbadan kecil....jadi....budak kecik nie..dah jatuh hati plak pada kawan si Cintot nie...asyik bertanya saja...kami pun apa lagi...sakatlah.... Adik aku nie plak order waffle...dan air orange juice....aku pula order jagung rebus....Ayong dan Cintot hanya minum sahaja. Pastu Cintot bawa E'man pergi bersiar-siar ambil gambar kat luar mall manakali kami bertiga duduk aje kat dalam nie.

Elok semuanya makanan sampai....Cintot dan E'man pun masuk.....member kecik nie..dengan selambanya terus ambil jagung aku....dan minum air adikku.... Adik aku terus bisik..."Ini kalau Dato' Mamat, memang dah lama kena dah nie...." Rupa-rupanya dia pun aimed juga si E'man nie....sama macam aku.... hehehehehe.... Lepas makan kami pun terus balik....kena balik awal coz bapa Cintot nak pakai kereta..pergi surau....jadi kena sampai rumah sebelum pukul 6.30 petang.
Sampai saja di dekat rumah Ayong aku sakat si E'man nie untuk kali terakhir....aku cakap yang aku nak bawa sepupunya Aisyah gi jalan-jalan naik motor.... menjerit-jerit dia buatnya.... kat celah pagar tak puas hati.... best betul aku hari nie....

Kami pun terus balik....memang best betul aku hari nie....puasssssssssss!!!!!!!!

E'man tak Kisah!!!!! Pt 1


Hari nie aku kena bersiap cepat sebab..karang aku nak pergi ke kenduri kahwin....dengan Cintot...kenduri kahwin best friendnye di Kampung Pandan. Katanya nak amik aku selepas aku tonton "Masked Rider Blade"....iaitu lepas pukul 12.30 pm....jadi hari nie aku kenalah pakai apa-apa yang patut... Kalau tak memang aku duduk lepak aje kat rumah nie...tapi Cintot ajak teman..aku pergilah....lagi pun katanya...dia tak tau nak pergi rumah kawannya tue....dan alasan dia lagi...dapat aku makan free....Hmmmmmmm.....jawapan jackpot yang belum pernah aku dengar....Itulah yang menaikan semangat aku nak gi sama...

Jadi selepas nonton "Masked Rider Blade"..aku pun berhias sehebat mungkin....sebelum ketibaan Cintot... dalam duduk menunggu tue..tiba-tiba...."There's a message for you"....bunyi phone aku...."Jap lagi sampai..."..sms dari Cintot.... Aku pun apa lagi..tutup semua..tingkap...pintu..dan terus keluar tunggu kedatangannya.....

5 minit...tak der jugak....10 minit....pun tak der jugak.....15...minit punnnnnnnnn tak der gak....then "There's a message for you"....." Jam dekat round about".....itulah sms dari Cintot... tunggulah aku kat depan rumah tue dekat......hmmmmmm lamalah jugak....sampai aku duduk bertinggunglah..macam mamat-mamat Bangla duduk tepi jalan tue.... (jangan marah yer Cintot..)

Dalam tengah lepak tue...tengok-tengok Cintot dah pun sampai....then kami terus ke Kampung Pandan....menuju kerumah orang kahwin. Aku pun mintalah Cintot confirm alamatnye..sebab Kampung Pandan tue, bukannya kecik....besar... Dalam 20 minit sampailah kami di area yang dimaksudkan tue... tapi...jangan nak kata rumah orang kahwin....khemah orang kahwin pun tak nampak....kawannya bagi clue....ada apartment color pink....dan plak tue...ada Naza Motor.

Berpusinglah kami dekat Kampung Pandan tue....at last sampai juga...tapi....salah rumah plak dah.....bukan blok tue....blok yang lain...kami pun pusinglah balik dekat area situ.... jadi jumpa plak lagi satu rumah orang kahwin.... aku pun naklah berhenti bertanya pada pakcik sorang tue.... aku tanya nak lalu boleh tak...dia cakap..tak boleh parking..nanti ganggu traffic...aku cakap lagi yang aku nie nak lalu saja....pakcik siap bagi arahan pada aku..kala nak parking masuk kat belakang sana plak....memang sah sound trouble orang tua nie...aku sergah sikit...barulah dia paham apa yang cakap...."ohhhhhhh...nak lalu boleh...." sambil senyum... pastu Cintot tanya plak...ini rumah bla..bla..bla....dia cakap bukan tapi dengan confidentnya..cakap dekat depan..hujung simpang tue rumah kawan si Cintot nie....
Kami pun pergilah ke rumah hujung yang dia cakap tue....but...hampehhhhhhhhhh...salah rumah lagi daaaaaaaa.........betul-betul macam treasure hunt...dapat clue..pun tak betul... Cintot call kawan dia tanya pasal locationnya..lagi...dia orang cakap..ada Naza Motor... jadi aku cakaplah pada Cintot..Naza Motor tak ada but....Kia Motor aderlah...then aku tanyalah lagi pada Cintot.."Bukan ker...Kia..tue....one of Naza punya company...?" "Hmmmm.....entah..." jawab Cintot. Bila kita orang keluar aje ke simpang dengan jelas...dan nyata.... sebelah perkataan Kia tue...tersergam indah Naza Motornye logo..... Aduiiiiiiiiiihhhhhhhhh sakit hati aku....buta ke mata dia orang nie...or buta hati....or lebih baik lagi ayat aku nie buta huruf.....

Kami berdua terus masuk simpang ke Naza Motor..then nampaklah hamba-hamba Allah nie tengah tunggu...jadi kami followlah dia orang....sampai aje diruamh orang kawin....kami tak buang masa terus amik nasi...dan balun................ ya..balun..jangan tak balun....makan free.... sesambil tue..Cintot ambil gambar....aku balun...dah tak peduli kiri kanan....makan dulu..rezeki jangan ditolak...

Lepas makan kami pun duduklah rehat kejap...bagi nasi turun.....dan duduk lepak bawah pokok...tunggu ketibaan pengantin.... Dalam duduk lepak-lepak tue...Cintot call Ayong...tanya apa plan....so Ayong ajak gi lepak Alamanda....dengan E'man.... Aku cakaplah "No problem....jap lagi kami sampai...."..... Dalam hati aku....aku cakap...."Nampak gayanya....aku ke Alamanda harinie...ada E'man plak tue...ini kena sakat habis nie.....tak boleh jadi.....".. HAHAHAHAHAHA.......






Where'd you go?

Where'd you go?
I miss you so
Seems like it's been forever that you've been gone
Where'd you go?
I miss you so
Seems like it's been forever that you've been gone
PleaseCome back home
Where'd you go?
I miss you so
Seems like its been forever
That you've been gone
She said some days I feel like shit
Some days I want to quit
And just be normal for a bit
I don't understand why you have to always be gone
I get along but your trips always feel so long and
I find myself trying to stay by the phone
Because your voice always helps me to not feel so alone
But I feel like an idiot: working my day around a call
But when I pick up I don't have much to say so,
I want you to know it's a little fucked up that
I'm stuck here waiting, at times debating
Telling you that I've had it with you and your career
Me and the rest of the family here singing
Where'd you go
Come back home
You know, the place where you used to live
Used to barbeque up burgers and ribs
Used to have a little party every
Halloween with candy by the pile
but now you only stop by every once in a while
Shit
I find myself just filling my time
With anything to keep the thought of you from my mind
I'm doing fine
And I'm planning to keep it that way
You can call me if you find that you have something to say
And I'll tell you
I want you to know it's a little fucked up that
I'm stuck here waiting, at times debating
Telling you that I've had it with you and your career
Me and the rest of the family here singing
I want you to know it's a little fucked up that
I'm stuck here waiting, no longer debating
Tired of sitting and hating and making these excuses
For why you're not around, and feeling so useless
It seems one thing has been true all along
You don't really know what you've got till it's gone
I guess I've had it with you and your career
When you come back I won't be here and you can sing it
Where'd you go?
I miss you so
Seems like it's been forever that you've been gone
Where'd you go?
I miss you so
Seems like it's been forever that you've been gone
Please come back home