Balik Kampung Part 2

Aku menyusuri leburaya Utara - Selatan...kemudian aku exit di Bertam untuk bertemu dengan kawanku yang sememangnya menungguku disana. Aku pun tak biasa sangat dengan kawasan Bertam nie...jadi bawa kereta pun...terhegeh-hegeh macam orang putih. Maklumlah...pelancong.... Sampai saja di restoran nasi kandar 24jam tue, aku lihat kawan aku dah pun lama "bertapa" kat situ....pot-pet..pot-pet dia sumpah seranah pada aku...."Cakap tadi..macamlah dah sampai depan kedai...tapi...nun...jauh lagi....!@#$%"... Aku gelak saja bila tengok kawanku yang sorang nie. Mulut memang cakap lepas saja...tapi hatinya baik. Aku pun order nasi dan sedikit lauk....terus saja aku makan...tak pelawa dia pun...sebab lapar sangat. Aku tak breakfast dari Kuala Lumpur tadi. Lagi sekali aku kena maki...hehehehehe.... seronok dengar dia maki aku sebab marah.

Lepas kami duduk berbincang pasal tugasan yang diberikan...aku pun minta diri..sebab jauh lagi perjalananku. Aku pun tanpa membuang masa terus pulang ke kampung. Cuaca pun dah mendung...hujan turun dengan lebatnya dilebuhraya...aku lihat banyak kereta tak meneruskan perjalanan sebab penglihatan amatlah terhad. Memang lebat sangat hujan pada haritue. Lebih kurang 1 jam setengah memandu, aku pun sampai di border antara negeri Kedah dan Perlis.

Dalam perjalanan aku pulang kerumah nenekku...(aku tidak terus pulang ke kebun kerana kedua ibubapaku masih lagi berada di Singapore)...aku lihat ramai orang dah pun noticed akan kepulanganku. Aku pun menyusuri lebuhraya dengan berhati-hati sebab aku tau orang-orang kampung disini suka melintas tanpa pedulikan kereta yang datang. Masuk saja aku di Pekan Arau mula-mula sekali tempat yang aku singgah adalah pusara datuk dan nenekku. Sebaik sahaja aku membelok masuk kekawasan tanah perkuburan aku lihat tingkap-tingkap dirumah berhampiran dengan kawasan itu terbuka dan ada mata-mata yang menjenguk keluar kearahku.

Iyelah dah nak masuk Asar..tengok-tengok ada kereta pula berhendi dalam kawasan kubur...lepas waktu hujan plak tue... Aku pun turun bagi salam...dan terus menuju ke pusara Datuk, nenek, moyang serta saudara mara yang dikebumikan disitu. Al- Fatihah....

Lepas aku berada disana seketika, aku pun pandu kereta perlahan-lahan menuju kerumah nenekku. Sampai disana aku lihat suasana disana suram sekali...sunyi..macam rumah tinggal. Perlahan aku masuk keperkarangan rumah...dan duduk seketika tinjau keadaan rumah nenekku itu. Kemudian aku bunyikan hon...barulah pintu rumah terbuka...aku lihat anak-anak saudaraku berlari kearahku...adikku pun ada sama begitu juga dengan Kak Kiah (nanny kita orang).

Gembira betul dia orang tengok aku balik....anak-anak saudaraku terus memanjat masuk kedalam kereta, aku biarkan saja dia orang. Aku pun terus masuk kedalam rumah, aku dapati kakak iparku juga berada disana. Aku terus duduk bersandar dikerusi..tengok keadaan sekeliling rumah nenekku itu.....

Balik Kampung!!!! Pt 1

Minggu lepas aku ditugaskan disebelah utara semenanjung, dalam kesempatan berada disana aku pulang ke kampung untuk menziarah keluargaku yang berada disana. Dari Kuala Lumpur, aku bertolak pada jam 8.30 pagi dengan tujuan untuk sampai awal disana. Aku juga bercadang untuk bertemu dengan rakan-rakanku di Pulau Pinang untuk berbincang mengenai tugas yang diamanahkan kepadaku. Aku ingin meminta khidmat mereka dalam menjayakan tugas aku tersebut.

Sepanjang perjalanan ke utara aku dapati banyak kenderaan menuju kesana, terutama bas-bas dari pelbagai institusi penagjian tinggi, kerajaan dan tidak kurang pula dari syarikat pelancongan. Maklumlah sekarang nie musim cuti sekolah...jadi Sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 ramai yang mengambil peluang tersebut. Aku juga dapati tidak ramai pegawai-pegawai penguatkuasa jalanraya menjalankan tugas hanya satu sahaja sekatan lebuhraya diadakan sepanjang perjalananku itu di Hentian Rehat Tapah. jadi ini memberi peluang kepada para pengguna lebuhraya untuk memecut laju dengan sewenang-wenangnya.

Aku hanya maintained 110km - 120 km....tapi aku lihat ramai yang lebih laju daripadaku, termasuklah bas-bas yang aku sebutkan tadi. Baik lori...kereta awam..kerajaan semuanya sama. Bila aku sampai sahaja dikawasan berlakunya kemalangan yang meragut nyawa 21 orang tempohari, aku lihat kerosakan disana sudah pun dibaiki, namun ramai yang tidak serik dengan apa yang telah terjadi. Lebih kurang 3 kilometer dari Tol Juru Pulau Pinang, ada 4 buah kereta mewah memintasku dengan kelajuan tinggi. Cuaca pada hari tersebut sungguh panas.

Kemudian aku lihat didepanku banyak kepulan asap serta beberapa peralatan kereta meluncur keudara. Aku terus memberhentikan keretaku secara mengejut serta menarik hand brake serta mengawal keretaku seperti aksi drift. Mujur tiada kereta yang rapat dengan belakangku serta disebelah sisi, kerana aku menukar haluan keluar dari lebuhraya tersebut. Setelah berhenti ditepi lebuhraya dan memberikan isyarat kecemasan, aku dapati kesemua kereta mewah yang memintasku semuanya dah macam sandwich.

Para penumpang serta pemandu keluar dari kereta dalam keadaan terkejut. Mujur tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. Mereka semuanya selamat, hanya lebam dan calar sikit-skit aje... Lepas tue mulalah perang mulut...engkau tuduh aku.....aku tuduh engkau..pada hal masing-masing salah.... bawa laju....

Lepas tue..aku masuk dalam kereta terus sambung perjalananku ke Pulau Pinang...

Hanya Untukmu......Kasihnya Laila

Seisi alam menagih kasihnya laila
Dibalik selendang sembunyi nurkasihmu

Bagai mimpi..
Kau ku temu..
Gadis yang ku dambakan terserlah ayu
Terbit kasihku namun tertunduk malu
Kerna ku tahu bezanya kau dan aku

Kau menjelma..
Bak cahaya..
Suluhku yang terabadi dalam dada
Assalamualaikum hulur bersama
Bersama kita mencipta bahagia

Dibalik selendang sembunyi nurkasihmu
Tersimpul hatimu hatiku satu
Persis si majnun menagih kasihnya laila
Terbelah dunia tetap bersama

Dibalik selendang sembunyi nurkasihmu
Tersimpul hatimu hatiku satu
Persis si majnun menagih kasihnya laila
Terbelah dunia tetap bersama

Bawaku bersamamu gapai sejahtera
Dikenangi kau aku suci
Titisan kasih

Seisi alam pun pastikan merestui
Moga kasih lalilaku kan kekal abadi

Takut Sengsara

Jatuh bangun aku mengejarmu
Namun dirimu tak mahu mengerti
Ku bawa kau segenggam cinta
Namun kau meminta diriku
Membawakan bulan ke pangkuanmu


Jatuh bangun aku mencintai
Namun dirimu tak mahu mengerti
Ku bawakan segelas air
Namun kau meminta lautan
Tak sanggup diriku sungguh tak sanggup


Sudah tahu luka di dalam dadaku
Sengaja kau siram dengan air garam
Kejamnya sikapmu membakar hatiku
Sehingga cintaku berubah haluan


Percuma saja berlayar
Kalau kau takut gelombang
Percuma saja bercinta
Kalau kau takut sengsara