31 Ogos 2007 Hari Kebangsaan Ke 50 - Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Segala yang terpapar di perhimpunan dan perbarisan ulang tahun ke-50 Kemerdekaan negara di sini pagi ini jelas menunjukkan ia adalah persembahan rakyat, menampilkan negara Malaysia sebenar - tegak kukuh pada asas muhibah dan perpaduan sejati, dengan ekonomi yang mantap dan muncul sebagai rakan kepada semua.Beribu-ribu hadirin di sekitar Padang Majlis Perbandaran Kangar dan di sepanjang laluan menyaksikan perbarisan yang mencerminkan lima era yang membawa kepada terbinanya keamanan, kemajuan dan kemakmuran negara - kemerdekaan, pembangunan, perpaduan, pemodenan dan kecemerlangan.


Perayaan pagi ini juga membuktikan bahawa kontrak sosial negara berkembang segar, dengan rakyat dari semua kaum dan agama bergaul bersama mempamerkan pelbagai persembahan dan berarak segak dalam perbarisan pada hari ini. KDYMM Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuaku Syed Putra Jamalullail dan Raja Permaisuri Tuanku Tengku Faudziah, Raja Muda dan Raja Puan Muda, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan pemimpin-pemimpin lain menjadi tuan rumah kepada sebilangan besar kenamaan asing yang datang menyaksikan perayaan. Bertemakan Malaysiaku Gemilang, acara yang penuh warna-warni selama kira-kira dua jam bermula kira-kira 8.00 pagi itu dijayakan lebih 5000 peserta daripada semua kaum dan pelbagai lapisan masyarakat.Ribuan pengunjung datang seawal 7 pagi untuk menyaksikan kontinjen sektor awam dan swasta yang menyertai perbarisan.





Sebaik tiba, KDYMM Tuanku Raja Perlis mengambil tabik hormat sebelum lagu Negaraku dimainkan. KDYMM Tuanku Raja Perlis kemudian memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Satu Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diiringi Pancaragam Pusat Kor Armor Diraja. Acara diteruskan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang serentak dengan nyanyian lagu Negaraku.





Ketika Negaraku dimainkan, berubah wajah dengan kebanyakan pengunjung termasuk jurufoto berdiri tegak bagi menghormati lagu kebangsaan dan menghayati erti kebebasan yang dinikmati sejak 50 tahun lalu. Kemudian acara pertama dimulakan iaitu perarakan para kontijen membuat lintas hormat dihadan pentas utama. Kemudian para peserta akan berjalan menyusuri lalauan yang telah ditetapkan dan berakhir dengan masuk kedalam padang Majlis Perbandaran Kangar. Kemudian ia disusuli bacaan ikrar oleh pelajar Universiti Malaysia Perlis sebelum melaungkan Merdeka sebanyak tujuh kali. Sebagai menghormati pada hari ni iaitu hari Jumaat, maka segala persembahan tarian dan padang dibatalkan.
Ini diikuti perbarisan masuk kontinjen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan antara kontinjen yang mencuri perhatian penonton termasuk kenamaan ialah penyertaan dari K-9 PDRM. Segmen perarakan dan perbarisan itu diakhiri dengan perbarisan kontinjen kesemua ketumbukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai.

Sebelum majlis berakhir KDYMM Tuanku Raja Perlis membuat perutusan khas sempena Hari Kebangsaan 50 Peringkat Negeri Perlis. Setelah tamat lagu Negaraku kemudiannya dimainkan menandakan berakhirnya majlis . Kemudian keberangkatan pulang KDYMM Tuanku Raja Perlis dan Raja Permaisuri serta Raja Muda dan Raja Puan Muda diikuti pembesar-pembesar negara dari dalam dan luar negara.

Balik Kampung Lagi!!!! Pt 2

Malam tadi aku banyak habiskan masa dirumah sahaja. Pagi ini aku pula dikehendaki pergi ke pejabat Wakil Rakyat untuk mengambil t-shirt... terfikir juga aku...."kenapa nak pergi ambil t-shirt..?".. Helah apa pula dia orang pag-pagi begini....adik aku nie selalu mainkan aku..kalau tak kenakan orang tak sah. "Adakah ini ada kena mengena dengan arahan suruh aku membawa pulang seluar dan kasut hitamku...?" Hmmm mesti ada yang sesuatu yang menarik roda...??? kataku didalam hati.

Ok...tak mengapa...orang suruh pergi..kita pergi...mari kita lihat siapa yang kena....
Dalam pukul 10.30 pagi aku serta adik dan bondaku pun pergi ke pejabat Wakil Rakyat...sampai disana aku lihat....ramainya orang berkumpul...membuat sesuatu....Aku pun tengoklah apa yang ramai-ramai tue.....Rupa-rupanya...diaorang tengah siapkan "kereta berhias"...."Silap aku tak bawa kamera.." kalau tak boleh masukkan dalam blog nie... Aku lihat semua orang bersemangat menyiapkan kereta tersebut....dengan membawa tema "Koridor Utara"... Jadi banyaklah pokok-pokok atas lori tue....nak ketawa aku melihat kreativiti mereka mengubah lori tersebut.

Baik dari pokok cili sampailah pokok jagung pun....dia orang letak atas lori tue. Kemudian adikku mencelah bertanya kepada mereka.."Kenapa tak letak aje pokok Ketum..?" Kawasan nie kan kan terkenal dengan daun ketum..?.....ketawa besar dia orang....dan siap mengiyakan lagi. Aku pun masuk kedalam pejabat....rupa-rupanya..aku dikehendaki "berkawad" untuk Hari
Kebangsaan Peringkat Negeri Perlis....kawad untuk Dewan Undangan Negeri -Pauh...terkejut aku bila dengar bila diberitahu....Alamak...malunya aku..tapi "Merdeka" punya pasal....aku sanggup memeriahkan lagi suasana pada tahun ini.

Lepas ambil t-shirt dan submitted nama, aku pun pergi ke rumah nenekku untuk melihat anak saudaraku yang patah tangan tue serta rumah nenek saudaraku yang hangus terbakar. Dirumah nenekku aku lihat anak saudaraku tengah bermain...Aduhhhh!!!!! lasaknya..tak padan dengan tangan sbelah tue patah...masih lagi naik basikal....dan bertumbuk...disiku kawan-kawanya dengan tangan bersimen tue...tepuk dahi aku melihatnya...iskkk....iskkk ganas betul... aku pun tak tunggu lama disitu.

Kami pun pergi kerumah nenek saudaraku untuk melihat keadaan disana. Di situ aku lihat nenek saudaraku serta saudara mara yang lain berada diluar kawasan rumah. Hari ini kerja-kerja "pembersihan" akan dilakukan oleh pihak majlis serta penduduk setempat. Kami bergotong royong untuk membersihkan rumah tersebut...






Mabuk

Sepuluh sembilan
Katamu satu pun tak boleh pakai
Sepuluh sembilan
Janjimu satu pun tak boleh pegang

Dunia dan apa isinya
Hanya kau punya
Segala-gala kau dah ada
Tak cukup kau masih minta tambah

Mabuk bukan mabuk
Mabuk nama mabuk cinta mabuk kuasa


Sepuluh sembilan
Bertemu tak satu bukan khayal
Sepuluh dan sembilan
Putihmu tak satu bukan sihir

Rembulan dan sinar cahaya
Pada yang kau puja
Hanyalah serpihan
Bongkah melayang di angkasa

Rembulan dan sinar cahaya
Hanyalah serpihan
Bongkah melayang di angkasa

Balik Kampung Lagi Sekali Pt 1

Tengahari....

Setelah beberapa hari pulang dari kampung dan sudah pun aku memulakan tugas disini, tiba-tiba aku menerima panggilan dari kampung mengatakan anak saudaraku terlibat didalam kemalangan dan rumah nenek saudaraku hangus terbakar. Terkejut aku apabila menerima berita tersebut. Alhamdulillah syukurku ke hadrat Allah SWT kerena mereka semuanyaselamat.Tanpa berlengah aku pun menempah tiket pesawat untuk pulang kekampung pada keesokan harinya. Aku pun terus membuat persiapan untuk pulang kesana.

Aku juga memaklumkan kepada pegawai atasanku bahawa aku akan pulang kekampung untuk beberapa hari disana.


Pagi esoknya...

Aku pun bangun awal bersiap untuk ke KL Central untuk mengambil tiket pesawatku di Pejabat MAS. Tepat pukul 9.45 pagi, sudah terpacul sahabatku dihadapan rumah untuk menghantarku ke sana. Sebelum kami bertolak, kami singgah dikedai mamak yang berdekatan untuk breakfast. Aku tak makan kerana masih lagi terlalu kenyang..mengkin sebab susah hati. Selepas sarapan, aku meminta sahabatku ini menghantarku ke stesen LRT yang berdekatan. Aku tidak mahu menyusah dirinya dengan menghantarku ke KL Central.

Lebih kurang pukul 12.00 tengahari, aku pun tiba di KL Central. Aku terus ke Pajabat Urusan MAS untuk mengambil tiketku. Sampai sahaj aku dikaunter tiket, aku dapati tiketku memang sudah sedia untuk diambil. Aku pun terus check-in tetapi bagasiku tidak dapat dimasukkan sekali. Aku diminta agar memasukkan bagasiku di KLIA kerana masa untuk kemasukan bagasi sudah pun tamat untuk KL Central. Pihak MAS memaklumkan bahawa pihak MAS di KLIA sudah sedia maklum akan kedatangan aku. Aku hanya perlu terus kekaunter untuk urusan bagasiku.



Aku pun terus membeli tiket ERL untuk ke KLIA. Didalam perjalananku kesana...berbagai-bagai fikiran bermain dikepalaku...Apalah agaknya keadaan mereka di kampung..Serta keadaan di KLIA nanti sempat atau tidak aku menaiki pesawat. Kerana pesawatku berlepas kira-kira pukul 1.55 petang. Jam pun dah masuk pukul 12.30 tengahari.

Tepat pukul 1.00 tengahari aku pun tiba di KLIA. Tanpa berlengah aku pun bergegas naik kebalai berlepas. Disana aku lihat ramai orang berbaris. Berselang seli dibuatnya. Apabila aku masuk kedalam barisan tiba-tiba aku didatangi oleh seorang petugas dari MAS bertanyakan namaku. Aku pun terus memberitahu namaku, lalu beliau membawaku terus kekaunter tanpa perlu berbaris lagi. Beliau memberitahu yang mereka sudah pun dimaklumkan akan kehadiranku. Di sana kelihatan seorang pegawai polis sudah memang bersedia untuk mengiringi ku untuk kebalai berlepas. Aku pun mengucap terimakasih kepada beliau serta beberapa kakitangan yang berada disitu. Aku pun tengah rushing kerana hal kecemasan begini.

Ketika aku menuju kegate berlepas, aku singgah sebentar di Burger King....beli sedikit snack sementara masuk kedalam pesawat. Aku biarkan dahulu penumpang lain masuk kedalam pesawat sementara aku duduk makan snack yang aku beli.

Selepas semua penumpang selesai masuk, aku pun masuk mengambil tempat dudukku. Didalam pesawat aku hanya duduk melelapkan mataku kerana terlalu letih. Lebih kurang pukul 2.55 petang, aku pun tiba di Alor Setar. Disana aku dapati adik serta kedua ibubapaku telah sedia menanti...Kami pun terus menuju ke bandar Alor Setar....

Balik Kampung Pt 7

Pada keesokan harinya, aku pun pergi ke Pulau Pinang melakukan tugasanku disana. Aku pergi bersama adikku. Sengaja aku mengajak beliau, at least ada teman boleh borak-borak serta aku ingin tunjukkan kepada beliau bagaimana aku bertugas selama ini. Kami bertolak awal kesana kerana aku telah pun berjanji dengan rakan-rakanku disana yang aku mahukan ia dilaksanakan seawal mungkin. Aku tak suka berlengah-lengah kalau bab buat kerja nie.

Sampai sahaja di Seberang Jaya, aku pun bertemu dengan rakan-rakanku. Kami pun berbincang bagaimana untuk melaksanakan tugasan tersebut. Setelah selesai, kami pun memulakan tugas...Alhamdulillah semuanya selesai dengan begitu pantas. Kemudian kami bergerak ke Bukit Mertajam, disana terdapat sedikit masalah dalam tugasan kami. Jadi terpaksalah kami "lepak" disana lama sikit untuk memperbetulkan keadaan.

Selepas siap aje kerja....aku pun di"pau" oleh rakan-rakan disini. Nak tak nak kenalah aku merelakan diri di"pau" oleh mereka sebab tanpa mereka kerja disini tak akan selesai seperti yang dijadualkan. Lebih kurang pukul 3.00 petang, aku serta adikku bertolak pulang ke Kangar untuk menyiapkan satu lagi tugas disana. Aku terpaksa menyiapkan semua tugas pada hari ini juga walaupun ianya mungkin berlanjutan hingga larut malam.

Kami pun menyusuri Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Kangar. Sampai di Alor Setar Selatan kami pun menyimpang keluar dari lebuhraya. Sengaja aku keluar ikut Alor Setar kerana ingin mengikut jalan lama sebab lama tak lalu disitu. Aku dapati banyak perubahan berlaku disini...jalan-jalan kecil dah berubah wajah menjadi lebuhraya. Banyak taman-taman perumahan dibina serta rumah-rumah kedai. Terpesona aku melihatnya...macam tak percaya aku dibuatnya.



Lebih kurang 20 minit memandu...kira-kira separuh perjalanan melepasi sempadan negeri Perlis, aku lihat banyak polis trafif sedang "mendivertkan" lalu lintas...aku pun berhenti ditepi jalan melihat apa yang datang. Bila sekilas pandang aku ingatkan "Le Tour De Langkawi" punya pelumba-pelumba basikal....tapi rupa-rupanya warga-warga emas. Di fahamkan mereka mengayuh basikal keseluruh pelusuk negeri Perlis bagi menjayakan sambutan Hari Kebangsaan yang ke 50 negara kita.

Setelah mereka berlalu, aku pun meneruskan perjalananku pulang kerumah kerana pada petang tersebut aku bercadang untuk "site visit" tanah ibuku yang bakal dijadikan kuari. Sementara tugasku di Kangar akan dilakukan pada sebelah malam. Kami pun terus menuju kesana untuk melihat serat memantau keadaan disana. Jalan yang sememangnya becak menambahkan lagi "thrill" kepada kami disitu. Kami pun mendaki bukit disana serta melihat suasana pemandangan yang sememangnya indah apabila berada disana.

Setelah puas, kami pun pulang kerumah untuk berehat.

Malam...

Aku keluar menuju ke Kangar. Disana sememangnya sudah ada rakan-rakanku menanti akan kehadiranku. Kami mengambil masa kurang dari 1 jam untuk menyelesaikan tugas disana. Selepas selesai saja tugasanku...aku pun tidak berlengah panjang, terus pulang kerumah kerana esok, aku ada satu hari saja untuk bersantai dikampung sebelum aku akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada keesokan harinya....jadi masa itu emas...

Taqwa

La'ilaha'illallah

Ku bersujud pada-Mu
Dan pasrahkan diri dikemahaanMu
Ku berlindung selalu pada dosa-dosa
Dan setiap salahku
Kau jagalah lindungilah cintailah aku

La'ilaha'illallah

Setiap detik yang berlalu
Menghitung diriku
Bertanya padaku
Akankah sia-sia bila akhir waktu
Datang memanggilku
Kau jagalah lindungilah selamatkan aku

Allah..... Allah...... Allah

Kau jagalah lindungilah selamatkan aku
Allah (La'ilaha'illallah)

Jagalah diriku jagalah diriku
Lindungi lindungi lindungilah aku ini
Jagalah cintai lindungi selamatkan
Ya Allah Ya Allah

(La'ilaha'illallah)
Jagalah ya Allah
La'ilaha'illallah


Assalamualaikum…..


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.


Selamat Berpuasa.

KEJUJURAN TIDAK PERLU DIUNGKAP......
Biarlah kita menjadi diri sendiri yang punyai realiti setiap perjalanan jiwa yang hakiki

Bersyukur dengan apa yang ada..

* Ehsan Dari Teman Tercinta

Balik Kampung Pt 6

Selepas meninjau sekeliling rumah, aku pun ronda-rondalah dalam kebun tengok apa-apa yang menarik di roda. Didalam kebun sana tak banyak buah-buah pada tahun nie. Bolehlah kalau setakat nak merasa.... Aku pun jalan-jalanlah dari dalam kebun getah sampailah kekebun buah. Dari satu pokok..ke satu pokok. Sampai aje dari sebatang pokok ke sebatang pokok..aku berhenti....berhenti untuk petik buah...

Hari nie dapatlah aku rehat untuk satu hari sebelum meneruskan tugasanku, esok. Esok aku akan pergi melawat beberapa site disebelah utara nie. Aku kena siapkan kerja-kerjaku dahulu sebelum dapat berehat disini. Bukannya mudah bagi aku untuk pulang kekampung kerana sibuk dengan tugasanku di Kuala Lumpur.



Petang...

Pada sebelah petang, aku banyak habiskan masaku ditepi kolam....memancing ikan bersama-sama adikku....bila dapat ikan..kami lepaskan semula dikolam bersebelahan....bukannya nak buat lauk pun...hanya test skill aje....tambahan pula sekarang niekan musim ikan puyu...kalau bernasib baik..dapatlah juga "snakehead"...kalau dapat ikan tue....dapatlah 100 point.



Malam...

Pada sebelam malam pula, kami sekeluarga pergi makan di Kuala Perlis...iaitu disebuah warung yang sememangnya terkenal dengan masakan "Asam Pedas". Aku tak makan banyak sangat cuma satu sudu 3 pinggan aje.... Seeeeeeeeedap Bangat..!!!!!! Fuh Yooo...

Balik saja dari makan malam, aku dan adikku lepak kat luar...sembang-sembang sampai larut malam..sesambil tue...duduk menyuluh burung puyuh dan burung hantu kat belakang rumah...