Akhir Ramadhan & Balik Kampung Pt 2

Kuala Lumpur 1630 Hours, Khamis 11

Aku duduk menghadap luar tingkap dari dalam opisku..melihat pemandangan luar sana…aku lihat tak begitu banyak kenderaan di atas jalan . Mungkin semuanya telah pun awal pulang kerumah atau telah pun pulang ke kampung halaman. Sebentar lagi aku pun dah nak balik…tapi..sebelum tue..aku kenalah membuat persiapan sebelum meninggalkan opis untuk selama 9 hari. Aku perlu mempastikan beberapa dokumen serta peralatan yang mungkin akan diguna pakai sekiranya perlu apabila berada dikampung nanti. Selalunya…asal aku jejak aje kaki dikampung tue…mula handphone nie berdering tak henti-henti…diikuti dengan sms bertalu-talu masuk… Nama saja bercuti….tapi sebaliknya…tak.




Hulu Klang 1715 Hours

Aku tiba dirumah, letak bag..salin baju..then terus ambil beberapa pakaian yang dah pakai…untuk mendobi….sesambil mendobi tue….aku kemas-kemas dan lapkan sedikit lantai tue…coz..sebentar lagi ibu saudaraku akan pulang dari Singapore…. Ibu saudaraku ini memang cerewet sikit pasal kebersihan nie….walaupun rumah tue dah habis dicuci….tapi kalau dia tak puas hati….dia sound direct aje…

1800 Hours

Selesai mendobi dan kemas rumah…aku pun call adikku bertanyakan pukul berapa dia nak datang…sebab aku bercadang..jika ibu saudaraku sampai awal…aku nak terus chau aje..malas nak tunggu lama-lama nie..karang kalau memandu lewat tengah malam..nanti mengantuk plak. Adikku cakap kejap lagi dia datang…dia tengah kemas-kemaskan baju… Aku pun ambil helmet..terus start motor..pergi kekedai…untuk membeli juadah berbuka puasa.. Hari ni terpaksalah aku ubah menu….selalunya..setiap hari..aku akan kekedai Tomyam..makan nasi kerabu but today…terpaksalah kena tukar angin sebab kedai tue dah pun mula bercuti…balik kampung berhari raya… Aku pun belilah juadah dekat kedai mamak….

Bila sebut saja mamak nie..teringat aku akan kepada kawan aku seorang nie….sebab bila sebut saja “Keling…mamak…hindu….” Dia dah mula naik geli…sebab sewaktu kecik dulu…mak dia dah brainwash..cakap yang semua yang tersebut diatas tue orang jahat…. Come on girl!!!! Wassup!!! Wassup!!! Itulah ayat yang aku akan cakap pada dia bila dia mentioned benda nie padaku… Jadi sekarang aku meggosipkannya dengan perkara-perkara ini….”Tak kenal maka tak cinta..”..”Mula-mula benci…pastu…”…hmmm pastu…Haaaaa..pas two…three lerrrr…


1908 Hours

Masuklah waktu berbuka puasa bagi kawasan Wilayah Persekutuan dan Kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Aku pun mulalah berbuka puasa dengan berjuadahkan air orange…buah kurma…nasi putih….kari ikan….ayam sambal…dan sedikit cencalok. Sesambil makan tue..aku pun tengok keluar…area rumah aku nie..dah pun mula sunyi dari hiruk pikuk orang sibuk untuk berbuka puasa….Kalau tak…bising tul…macam nak bertukang rumah pun ader…

Selepas berbuka…aku pun bersihkan diri….solat maghrib dan berkemas untuk pulang….kemudian…”There’s a message for you…” bunyi phone aku….”Dah ada area Pedas…Kejap lagi sampai ke Kenari”… Horrey…ibu saudaraku dah nak sampai….seronoknya….tapi aku tak bersiap lagi… Seperti “The Flash” aku kemaskan barang-barang masukkan dalam beg……sedar-sedar aje…dah pun 5 beg depan hall… hmmmmm apasal banyak benor yang aku bawak balik nie….hmmmm confused…confused… Tapi tak apalah…janji banyak daripada sikit….

2115 Hours

Ibu saudaraku dah pun tercegat depan pintu….aku pun pergilah tolong angkat barang-barangnya masuk….terkejut dia tengok beg-beg aku….”Nie nak lari rumah ka..? Nak pi buat haji..?” Soalan yang mula sekali keluar dari mulutnya….aku cakap itu semua barang-barang yang orang kirim…. Nanny aku pula mencelah…”Tu diaaaaaaaa…. Apa kebenda yang bawa balik banyak sangat nie…” “Hmmm..tu ler pasal….” Celah aku… Aku tak cakap banyak terus keluar mengangkat beg-beg dia orang. Pastu aku pun duduklah berkemas…(kemas lagi tue) buat-buat busy dalam bilik….pada hal nak lari dari kena Tanya soalan cepumas…


2255 Hours

Mana adik aku nie…tadi cakap nak datang awal…sekarang dah nak masuk pukul 11.00 malam nie. Tadi pukul 9 lebih..aku dah pun called..dia cakap baru nak keluar rumah….tapi sampai sekarang pun..batang hidung pun tak nampak… Belum sempat aku nak sound aje pada ibu saudaraku….dah pun dia tersergam indah kat depan hall…..Ish..apa punya ilmulah dia pakai….tau aje aku nak marah…. Aku terus Tanya..apasal lambat..? Dia cakap….banyak pack baju…. Hmmm…logic jugak..dia nie..kalau selalu balik kampung..memang banyak bawa balik baju….

Kami pun terus angkat barang-barang dalam kereta…samapi di kereta….aku pun…”Mana Beg..?”…adikku cakap..”Tue…!!!” aku tengok tak ada pula begnya…Cuma ada plastic sampah hitam aje kat belakang tue….dan beg plastic merah…ada t-shirt 2 helai… Aku tengok dalm plastik sampah tue..Ya Allah!!! Ader baju melayu….seluar jeans….jubah..dan 2 -3 helai baju…. Cheh!!! Ini yang dia maksudkan beg..??? Geleng kepala aku tengok adikku yang sorang nie…

Akhir Ramadhan & Balik Kampung Pt 1

Tak banyak yang aku ceritakan semasa didalam bulan Ramadhan seperti yang aku lakukan pada tahun lepas. Ini kerana banyak tugasan yang terpaksa aku lakukan dipejabat hingga tiada masa untuk menceritakan kepada rakan-rakan sekalian tentang apa yang berlaku didalam bulan tersebut. Hanya yang dapat aku katakan ialah...aku berbuka seorang diri atau pun aku menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama-sama vendor yang menjemputku.




Hanya pada hari kedua didalam bulan puasa, aku berbuka bersama-sama saudara mara di rumah ibu saudaraku di Melawati. Walaupun ianya tidak seberapa hebat namun ramai yang datang kesitu pada hari tersebut. Routine aku seharian ialah, sekiranya tiada menghadiri Majlis Berbuka Puasa, apabila jam sudah hampir 6.15 petang, aku akan pergi ke satu kedai Tom yam berhampiran dengan rumahku. Menu harian aku ialah "Nasi Goreng Kerabu" dan sedikit sup sayur. Asal sampai aje disitu...chef kat situ dah pun tahu menu aku. Tak perlu aku nak cakap. Kekadang tue, ada jugak aku tukar menu. Ubah selera sedikit. Tiap kali bila aku bersedia untuk berbuka puasa, hati kecil ini akan bersa sedih. Kadang-kadang terasa air mataku menitis jatuh. Melihat jiran tetangga riuh rendah berbuka puasa bersama keluarga tapi bagi aku berbuka seorang diri. Apabila hampir waktu Isyak, aku akan pergi ke surau yang berhampiran dirumahku. Disana aku rasa hatiku lapang dan tenteram. Tak terasa sunyi lagi.


Pejam celik-pejam celik...dah pun hampir ke penghujung Ramadhan...Timbul pula masalah, bagaiman aku nak balik ke kampung. Nak balik dengan keretapi...tiket habis...bas...lagilah plak....kapal terbang...punnn sama... Nak balik dengan adikku...katanya nak beraya di Australia (kata abahku)...Last choice...dengan motor..hmmm..dah lama tak bawa balik motor ke kampung. Dulu selalu aku buat macam tue. Kemudian aku telefon ibu saudaraku di Singapore bertanyakan bila dia nak balik ke kampung....jawapannya ialah...dia tak dapat balik beraya dikampung..sebab sibuk dengan urusan perpindahannya ke Afrika Selatan. Cuma dia cakap, dia nak aku tumpangkan nanny kita orang balik kekampung...Aduhhhhh....lagi satu cerita pula timbul.





Kemudian aku dikejutkan dengan panggilan dari adikku, bertanyakan bila nak balik kampung...aku cakap kalau boleh hari Khamis malam Jumaat...so dia cakap dia pun nak balik juga. Aku cakap no problem...duit tol aku bayar..Minyak dia kena bayar.... Aku juga cakap yang nanny pun nak tumpang...jadi kenalah berangkat lewat sikit, sebab ibu saudaraku dijangka tiba ke Kuala Lumpur lewat tengah malam katanya....

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Syukur saya kehadrat Ilahi kerana masih lagi berpeluang menulis didalam ruangan blog ini.

Teman-teman yang saya muliakan,
Bulan Ramdahan baru sahaja meninggalkan kita, kini Syawal menjelang tiba, di bulan yang mulia ini, dengan saya rendah diri ingin mengambil kesempatan memohon jutaan kemaafaan samada disengajakan mahu pun tidak baik dari segi zahir dan juga batin.

Kadangkala kita terlupa bahawa kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan walaupun kita hanya menganggap ianya adalah kesilapan kecil, tetapi sebaliknya tanpa kita ketahui kesalahan tersebut di akhirat dosanya sangat besar. Ampunkanlah kesalahan saya.

Teman-teman yang saya muliakan,
Ramai dikalangan anda pada zahirnya sahaja mengenali diri saya , mahu pun didalam ruangan web, melalui perbualan telefon ataupun bertemu dengan saya. Mungkin selepas ini kita tidak berpeluang untuk bertemu atau bermesra lagi. Namun selagi hayat dikandung badan Insya'Allah saya tidak akan melupakan anda semua.

Akhir sekali andai kata jika ditakdirkan kita tidak bertemu lagi, sekali lagi dari anda sekalian saya minta ampun dan maaf dari hujung rambut hinggalah kaki. Halalkan makan dan minum. Saya doakan kesejahteraan teman-teman sekalian disamping keluarga tersayang. Semoga ALLAH SWT Lanjutkan Usia Anda Sekalian, Di Murahkan Rezeki dan Di Jauhkan Dari Perkara-Perkara Yang Buruk …..AMIN...


“Selamat Hari Raya Aidilfitri”