Pagi-pagi lagi aku dah dapat sms…dari siapa ntah aku pun tak tau…sms tue berbunyi…”gaji dah masuk….hari tue cakap…ada gaji..nak join sama….kalau mau join..kasi contact sama captain”. Aku pun terus bangun mandi bersiap-siap dan terus ke bank. On the way pegi bank tue aku callah Kapten nak bagitau…yang aku akan join dia orang. Setelah cuba beberapa kali…barulah Kapten jawab phonenya…dia cakaplah..dia tengah recording waktu aku call tadi….jadi tak dengar…sambil tue dicakap yang dalam tengahari dia akan datang fetch aku.
Balik aje dari bank..aku singgah kejap dikedai mamak, beli murtabak dan serba sedikit jenis makanan untuk dibawa ke sana…. Tiba dirumah, aku pun jamahlah sedikit murtabak tue…ibu saudara aku plak masakkan aku telur separuh masak…kenalah balun jugak…kalau tak nanti dia masam muka dengan aku. Habis makan, aku masuk bilik..siapkan “gear” aku……Yes my friend…I’m going fishing today. Aku tengok ibu saudaraku sikit-sikit mengintai aku dalam bilik tengah susun barang yang henadak dibawa….pastu…tiba-tiba dia bersuara….”Pergi dengan siapa nie..?”…”Balik pukul berapa..?”….”Makan dekat mana..?”…”Tak payah pergilah…sekarang nie…ribut..hujan lebat…” “Orang tak pergi memancing musim sekarang nie…”.
Aku senyum aje bila dengan soalan-soalan macam tue….aku tahu ibu saudaraku akan buat pelbagai alas an untuk pastikan aku tak pergi memancing ikan hari nie…sebab malam nie ada “wedding dinner” di Shah Alam….jadi dia tak tahu nak pergi kesana. Maklumlah…dah lama duduk dioversea….balik Malaysia…dia tak berapa tahu sangat nak pergi sana. Aku cakap yang aku pergi 2 hari aje….tidur di tengah laut sana. Aku akan naik bot pada petang ini juga. Diam aje aku tengoknya…sambil dahinya berkerut…aku tahu..dia marah pada aku.
12.30 tengahari
Kawan aku dah pun sampai….aku angkat “gear” aku masuk kedalam kereta….bila kereta bergerak…sekali lagi ibu saudaraku “skodeng” kat tepi tingkap…ishhh..rasa macam anak teruna sunti plak…kena-kena skodeng nie…Aku lihat trafik diatas lebuhraya makin sibuk…mungkin sebab cuti sekolah…ramai yang ambil cuti..atau sebaliknya… Kami menyusul ikut Lebuhraya ke KLIA….Sepang…..Bukit Pelandok….disini kami singgah sebentar beli makanan tambahan…serta air untuk bekalan nanti sebab bekalan yang bawa memang tak cukup. Memang pun….semuanya habis diatas kereta….sambil sembang…sambil ngap….macamanalah tak habis hahahaha….
Pukul 3.25 petang
Kami tiba di jetty..Kuala Lukut (kalau tak silap akulah) aku lihat air laut surut..dan banyak bot-bot nelayan sedang berlabuh. Ada juga beberapa baru saja masuk dari pintu kuala membawa hasil tangkapan. Kemudian…beberapa sahabatku yang pula sampai…kami pun duduk diatas jetty berbual-bual. Menurut tekong bot…kami tak boleh keluar lagi belayar kerana air masih lagi surut…dijangkakan lagi 45 minit baru boleh berlepas.
Kami pun melihat nelayan-nelayan memunggahkan hasil tangkapan utnuk dijual kepada peraih yang sememangnya berada disitu. Asal ada saja nelayan bawa ikan..kami pun macam kaki nombor ekor…duduklah meneka…berapa kilo ikan yang dia tangkap…sampai orang yang lalu lalang pun hairan…apalah yang kami duduk jeritkan…
Pukul 4.15 petang
Masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba…kami diminta memasukkan peralatan memancing kedalam bot….kerana masa untuk berangkat telah pun sampai…
Team Kelong Kita ke Kelong Kita Lukut (Home Ground) Pt 1
Jumaat 23hb November 2007
Pagi tadi dalam pukul 5.15 pagi aku balik dari opisku di Kelana Jaya...ada tugasan disana...mengantuk...letih...lapar...semuanya ada....aku tunggang motor aku perlahan-lahan menuju kerumahku...Sebelum itu, aku singgah di kedai mamak...pekena roti kosong....cover untuk makan malam tadi. Lepas makan....aku terus pulang....
Sampai dirumah...aku mandi dan terus saja terlelap hinggalah pukul 11.30 pagi.... Hari nie..lambatlah aku ke opis. Bila sedar, aku pun bersiap-siap untuk ke opis...jam pun dah hampir pukul 1.00 tengahari...jadi aku terus ke Pulapol untuk solat Jumaat. Selepas solat aku singgah ke opisku untuk beberapa jam...dalam pukul 3.45 petang aku pun blah...dah tak larat tunggu lagi..sebab letih dan ngantukku belum pun hilang lagi.
Di rumah aku pun tidur sebentar sebelum dikejutkan oleh panggilan dari ibu saudaraku agar aku bersiap untuk majlis perkahwinan sepupuku malam ini. Aku tengok jam dah pun hampir pukul 7.00 malam. Majlis start pukul 8.30 malam katanya. Aku pun bangun mandi....solat maghrib dan bersiap untuk kesana.
Bila semuanya siap...kami pun bergerak menuju ke Shah Alam....sepupu akan berkahwin dengan orang Selangor....tinggal di Seksyen 9....majlis akad nikah akad dilangsungkan dirumah pengantin perempuan.
Kami tiba disana lebih kurang pukul 8.15 malam…bila kami masuk saja kedalam rumah (pent house) dah pun ramai orang didalam…nasib baiklah ada lagi tempat untuk kita orang duduk. Aku lihat majlis akad nikah masih lagi belum bemula jadi datang nie kira on time jugaklah.
Setelah majlis akad nikah selesai, kami semua turun kedewan untuk menikmati juadah yang disediakan. Habis makan…kami pun blah…tak tunggu lama-lama…sebab esoknya aku ada event yang besar menungguku....
Hidupku Kan Damai Kan Hatimu
berjalan di tepi pantai
Perlis sekat hajat Hijau Kuning
SKRIP final Piala FA musim 2006-07 tidak berulang di Stadium Darulaman, Alor Star cuma kali ini sang juara menjadi milik Perlis lantas muncul pemenang Piala Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah menerusi sepakan penalti 5-4 selepas keputusan terikat seri tanpa jaringan malam tadi. Redzuan Othman menjadi penjaring gol kemenangan buat Perlis ketika penentuan sepakan penalti sebelum ketua pasukan lawan, Victor Andrag gagal dengan penalti terakhir yang melambung melepasi pintu gol bagi membolehkan anak buah Abdul Rahman Ibrahim mempertahankan trofi itu.
Sedozen peluang keemasan dicipta skuad kendalian Azraai Khor Abdullah, yang berbangga dengan tiga trofi musim lalu, gagal memberikan mereka tiga mata berharga sebagai bekal semangat mengharungi permulaan kempen Liga Super musim 2007-08. Babak pertama menyaksikan usaha Kedah mencari kelebihan awal sambil menepati statusnya sebagai juara tiga piala musim lalu menerusi sepakan percuma pada minit ke-10, bagaimanapun cubaan barisan depan skuad Kenari tampak tidak menjadi dan dapat diselamatkan pertahanan Perlis. Pada minit ke-20, penyerang sensasi Kedah, Marlon Alex James mula mencuba penjaga gol Perlis, Yusof Ishak namun cubaan lemahnya berjaya didakap kemas sebelum seorang lagi pemain import, Nelson Sam Martin menyepak liar di atas palang gol seminit selepas itu.
Peluang terbaik Kedah hadir pada minit ke-26 apabila menerusi satu gerakan cantik, barisan penyerang Kedah diketuai James berjaya melepasi benteng lawan namun lorongan kepada Badrol Baktiar di sebelah kanan gawang lawan gagal dimanfaatkan apabila sepakan kaki kiri penyerang itu berjaya ditepis Yusof sebelum terkena palang dan keluar. Seakan mendapat semangat tambahan, Kedah yang menewaskan Perlis pada final Piala FA semakin mengasak jirannya di utara itu menerusi beberapa lagi cubaan bahaya melalui Sam Martin dan James tetapi masih menemui jalan buntu menghasilkan jaringan. Permulaan babak kedua seolah-olah mengulangi rentetan babak terdahulu apabila episod serangan skuad Kenari kembali bermula dengan Singa Utara hanya mampu menahan serangan bertali-arus dari segenap sudut. Badrol sekali lagi harus menyalahkan diri sendiri apabila dua percubaannya pada minit ke-52 dan 60 masih gagal menemui gawang walaupun hanya penjaga gol perlu ditewaskan selepas menggelecek beberapa pertahanan.
James turut memiliki peluang mendapatkan gol pertama pasukannya yang dimulakan menerusi gerakan cantik satu dua antara Zairul Fitree dan Fauzi Shaari pada minit ke-57 cuma rembatan derasnya dari jarak kira-kira dua meter di pintu gawang meliar keluar. Berbaki dua minit sebelum tamat, James sekali lagi mencipta peluang terbaik dengan larian kencang sambil menggelecek dua pertahanan lawan tetapi badi jaringan masih menghantuinya dengan menyepak liar ke kanan gol sebelum pengadil R Krishnan meniup wisel penamat bagi membolehkan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata dan sesi sepakan penalti.
Bila masuk saja bab penalty kick nie...aku...ayie serta Ibu saudaraku dah pun mula berdebar-debar...asal player Perlis nak ambil sepakan aje..kita orang tak tengok (aku ambil kusyen tutup muka, ayie plak masuk dalam baju manakala ibu saudaraku bangun pergi ronda-ronda kat dapur)...sebab takut bola tak masuk...tapi kalau player Kedah nak ambil sepakan aje...mula kita
orang kutuk...dan buatlah lawak...dengan harapan..bola yang ditendang tue tak masuk...
Tengok saja goal keeper Kedah pun..kami dah sakit hati...Ayie..tak habis-habis sebut perkataan "menyampah" keluar dari mulutnya....bila bola bolos saja...dia akan jerit "Baru hang tau..kan dah kena getah".... In the end Perlis juara juga....bola yang ditendang tue...tak masuk... kami pun meraikan kejayaan Perlis dirumah malam tue....Aku pula ambil kesempatan menhantar SMS kepada pihak pengurusan pasukan negeri Perlis untuk mengucapkan tahniah.
Lepas tue ..dalam kegelapan didalam bilik...sementara nak "recording"..aku dan Ayie...buat lawak bodoh sikit untuk hiburkan hati...salah satunya ialah... Apabila Victor Andrag ditanya oleh pemberita mengenai game sebentar tadi "Apa perasaan anda setelah gagal menjaringkan gol sebentar tadi..?" Jawab Victor "Kalau saya tendang itu bola..masuk dalam itu gol...baru kira satu point....Jadi kalau saya tendang atas palang saya dapat 3 point.... tapi semuanya sudah berakhir..saya banyak lupa..saya bukan main rugby...tapi saya main bola sepak ini malam...ayoyo...huhuhu"
Sejiwa
Terendap Laraku
Mengingat semuanya yang terlewati
Saat kau masih
Ada di sisi
Mendekapku dalam hangatnya cintamu
Lambat sang waktu berganti
Endapkan laraku di sini
Cuba tuk lupakan
Bayangan dirimu
Yang selalu saja memaksaku tuk merindumu
Sekian lama, aku mencuba
Menepikan diriku
Di redupnya hatiku
Letih menahan
Perih yang kurasakan
Walau ku tahu
Ku masih mendambamu
Lambat sang waktu berganti
Endapkan laraku di sini
Cuba tuk lupakan
Bayangan dirimu
Yang selalu saja memaksaku tuk merindumu
Lihatlah aku di sini
Melawan kecilnya takdirku sendiri
Tanpamu...aku lemah dan tiada bererti...
Salut
Sebelum kita salut
Sebelum kita salut
Di mata kita mereka buta
Berbelas berpuluh
Hari Raya Kedua - Finale
Setelah api dinyalakan..kami pun tanpa membuang masa terus ambil satay dan ikan untuk dibakar…Sekarang timbul plak lagi satu hal….api dah nyala tapi…tempat nak letak ikan (para ) tue plak pendek….tempat bakar BBQ tue terlalu besar… Jadi didalam kegelapan kami mencari beberapa batang besi untuk dijadikan alas untuk letakkan tempat bakar ikan tue.
Yang bagusnya bakar satay nie pula ialah….ramai yang tolong membakar….maklumlah..sambil bakar…sambil ngap….sambil bakar sambil ngap….aku mula-mula marah juga pada dia orang nie…tapi disebabkan atas desakan persekitaran (tak boleh tahan tengok dia oranag makan) aku pun join sekali. Aku serta adik perempuanku sungguh gembira pada malam itu kerana dapat mengadakan majlis yang sederhana itu. Ramai juga saudara-mara yang hadir dan begitu juga kawan-kawan dan penduduk kampung. Apa taknya ye..sebab malam nie ramai Syed-Syed....Sharifah...Sharifah...dan Wan...Wan yang datang berkumpul...
White Flag
Hari Raya Kedua - Pt 1
Malam tadi ramai yang datang lepak dekat kebun….asalnya nak datang kejap aje…cadang nak keluar minumlah konon..tapi sebaliknya…bila dah jumpa…lain pula ceritanya…ada yang nak main game dululah…nak sembang-sembanglah…sampai ke lewat malam….aku pun dan pun mula recording baru nak ajak keluar…so aku tak keluarlah malam tadi lepak aje….kat rumah.
So hari nie kenalah kami sekeluarga bersiap-siap kerana malam ini kami akan membuat majlis BBQ untuk saudara serta rakan yang terdekat aje. Tak mau panggil ramai-ramai…sebab nanti tak cukup plak… Aku serta adik lelaki dan adik perempuanku keluar awal ke market untuk membeli persiapan serta ramuan untuk dihidangkan pada malam ini.
Lepas memborong sakan…kami terus pulang kekebun…di rumah pula..bondaku pot..pet..pot..pet…suruh itu..suruh ini… Kemas sana..kemas sini….angkat itu..angkat ini… Manakala ayahndaku pula….tak habis-habis dengan wiringnye….karang tarik wayar kat situ…karang tarik wayar kat sini..pasang lampu sana…pasang lampu sini. Memang betul…kami semua nie dah jadi Pelatih Khidmat Negara… last sekali…kenalah potong dan racun rumput. Buatlah kami adik beradik dengan kerja yang arahkan…
Habis semua kerja…aku pun duduklah kejap…rehat…Lepas tue hujan pun turun dengan lebatnya….aku rasa lebih 3 jam…Sebaik saja hujan pun reda…kami terima sms dari Maksuku bertulis “Tolong..rumah kami banjir!!!!”… Seperti JPA3 kami pun bergegas disana. Dalam perjalan menuju kerumahnya kami dapati air sudah pun mulai naik dan terdapt juga beberapa sudah pun ditenggelami air.. Sampai saja dirumahnya aku lihat air dah pun masuk tapi di kawasan dapur saja….”Hmmm!!!!! Ingatkan tadi dah tenggelam habis…Boleh ler aku main air”…..cakap aku dalam hati… Aku tengok semuanya pun dah pun terkawal… Selepas memantau keadaan….dari dalam rumah..sambil makan keropok…kami pun balik…bukan buat apa-apa pun kat sana..tolong makan dan tengok aje..
Di kebun…aku lihat..air kolam dah pun melimpah..aduhai…mesti banyak ikan dah keluar…aku pun ambil bubu pasang dihujung kolam….test skill..manalah tau dapat ikan…boleh lepaskan dalam kolam…hmmm…dapat ikan!!! Lepas dalam kolam!!! Pada hal ikan yang aku nak tangkap nie…datang dari kolam jugak…hahahahha…
Masa berlalu begitu pantas…hari pun dah nak masuk Maghrib…kami pun mengangkat peralatan BBQ dihadapan rumah. Selepas maghrib, kami pun bersiaplah untuk menyalakan bara untuk digunakan semasa BBQ nanti…Dahh..pun pukul 8…bara masih lagi tak buat…bondaku pun dah mula nak mengamuk…aku cakap rileks…bertenang..kejap lagi api akan dinyalakan….memang..api tak mau menyala..maklumlah…lepas hujan..semuanya lembab…kayu arang kering…tapi tak mahu juga api hidup…penat aku meniup..mengipas…sampaikan ada beberapa orang kampung pun cuba membantu….tapi..tak juga hidup apinya… Aku pergi dalam setor aku ambil minyak petrol….simbah pada arang…Fuhhh!!! Berjelaga api naik…terkejut aku…baik orang kampung…orang dalam rumah…oyen pun sama…melompat dia. Nasib baik aku tak kena sambar…kalau tak…jadi Fantastic 4 lah jawabnya….
Selamat Hari Raya Aidil Fitri - Part 1
Seperti biasa aku bangun awal bersiap kemasjid. Kami sekeluarga sembahyang di Masjid Arau. Setelah selesai Sembahyang sunat Aidl Fitri, kami semua pergi menziarah kubur Datuk, nenek serta ahli keluarga yang lain. Lepas tu kami pulang kerumah nenek untuk mengambil beberpa peralatan yang hendak dibawa ke kebun. Sementara itu..aku serta adik iparku pergi ke Istana Arau untuk berhari raya disana. Selepas berhari raya, kami pun terus pulang ke kebun. Di kebun lebih penting daripada di Arau nie. Tahun nie kami semua “Tutup Kedai”….berhari raya dengan penduduk kampung disana.. lebih privacy…lebih seronok berhari raya bersama mereka.
Kemudian..tiba-tiba hujan turun dengan lebat diluar….maklum sajalah kalau dah sejuk….aku tengok mata masing-masing dah pun layu….aku suruh dia orang masuk dalam bilik….ibarat pepatah Melayu…”Orang ngantuk disorongkan bantal….siap tilam lagi..” apalagi….”Recording ajelah diaorang nie”…Penuh didalam bilik… sesekali tue…aku usiklah dia orang yang tengah nyenyak dibuai mimpi nie…Sampaikan Oyen (kucing bapaku) tidur atas perut pun…tak juga sedar…punyalah kusyuk tidur dia orang nie.


