Selepas kami semua "chaou" dari majlis tersebut...kami terus ke kebun untuk "fetch" Pak Mat..."The Drunken Master". Tiba aje di kebun kami lihat Pak Mat begitu bersemangat untuk turun ke laut hari ini. Di dalam perjalanan kami tak bercakap banyak kerana masing-masing khuathir memikirkan nasib ditengah laut nanti.
Lebih kurang pukul 4.45 petang, aku lihat kawan adikku sudah lama menunggu bersama dengan tekongnya. Kami akan keluar kelaut dengan menaiki speed boat harinie. Bukannya keluar dengan menaiki bot nelayan. Tanpa berlengah kami semua memunggahkan "gear" kedalam boat.
Perkara yang mula-mula sekali aku buat ialah memakai "life jacket" yang aku bawa dari rumah...ini mustahak baik yang reti berenangatau pun tidak...macam-macam boleh terjadi ditengah laut. Kalau terror berenang pun tapi kalau ombak besar...yang terror pun boleh lemas sebab penat melawan ombak...jadi aku tak mahu ambil risiko tersebut."Beringat sebelum terkena..."
Lebih kurang pukul 5.15 petang kami pun keluar menyusuri Kuala Sungai Baru perlahan-lahan...perasaan seronok bagai tak terkata apabila tekong mula memecut diatas permukaan air...aku dudukdihapadan sekali....air laut pada hari tersebut sungguh "cantik"...(tenang).
Kemudian tekong pun mengeluarkan alat "GPS"nya....dan sonar ikan... dalam hati...aku pun berkata...cheh...main tipu..ingatkan dia terror...sebab tadi cakap semua tukun dia tahu...rupa-rupanya pakai "toyol"..Aku pun boleh kalau macam tue.... Dia menjerit..."Kita ke Tukun 300..!"
Lebih kurang 20 minit kami pun tibalah dilokasi yang dimaksudkan....Tukun 300 nie terletak betul-betul diantara Pulau Langkawi dan Tanah Besar...tapi aku lihat...Pulau Langkawi tue dah tersergam indah depan mataku....kalau setakat nak pergi beli chocolate..anytime...
Sebaik saja melabuhkan sauh...aku pun mulalah "drop"kan mata kail kedasar laut...tak sampai15 minit...kali aku disambar....menjerit kami semua....sebaik saja aku tarik keatas, pada mata kailkuseekor ikan kerisi sebesar tapak tangan yang aku dapat...
Kemudian diikuti oleh adikku pula....dia mendapat ikan gelama...dan lepas tue...tekong pula dapatikan tuka...manakala Pak Mat dan adikku yang bongsu tue....pula asyik bagi kan makan free aje...dan second tekong pula..."knocked out"...di tepi bot sebab dah mabuk laut.
Kesihan aku tengok dia..sikit-sikit menyorak ikan tepi bot "wek...wek...bwekkkk".
Pesta menaikkan ikan taklah begitu lama hinggalah matahari terbenam...kemudian kami pun bertukar tempat.Begitulah yang dibuat oleh tekong..sepanjang malam tersebut..hinggalah keawal subuh...tangkapan pada malam tersebut,amatlah memuaskan... Aku tak dapat nak snap gambar ikan kerana kebetulan bateri kameraku dah pun "kong".
Dalam trip tersebut...terjadi beberapa perkara aneh yang berlaku yang sememangnya membuat kami semua agar tidak leka...
Salah satunya ialah...ketika pukul...2.30 pagi...pada waktu itu semua yang berda ditas botsedang nyenyak tidur dibuai mimpi...pada penghujung belakang bot aku lihat ada suatu "lembaga"berpakaian putih yang mengerbang sedang duduk disana sambil mendepakan tangannya...
Kemudian berdiri dan melihat terus kearahku...aku pula pura-pura batuk..beberapa kali....lalu ia mengeluarkan suara..."Ish..perut kita sakit sangat aihh...nak buang dari tadi tak jadi-jadi..ombak kuat sangat...air laut sejuk oooo..."
Sabar ajelah..aku ingat benda apalah tadi berbungkus kat belakang sana...rupa-rupanya dia tengah "Spider-man"...nasib baik aku tak "flying kick"...kalau tak alamatnyaesok kami balik ke Tanah Besar tanpa tekong...hahahaha...
Masa Untuk Memancing
Kenduri Kawin....
Bila dah sampai dikampung nie..maklum sajalah kalau tak buat apa-apa aktiviti memang terasalah sangat akan keboringannya...tambahan pula dah lagi 2 hari dah nak pun kenduri kahwin sepupuku ini disebelah pihak lelaki.
Jadi aku serta adikku bersiap-siaplah apa yang patut...bukannya bersiap untuk pergi kenduri...tetapi untuk pergi kelaut...fishing.
Seperti biasa...maklumlah..baru lepas raya haji..rumah nenekku bising dengan sanak saudara yang pulang. Kalau yang tak buat "sibuk" tue...maulah kena "tiau" dengan ibu saudaraku yang memang terkenal dengan leterannya.
Aku pun buat-buatlah busy...itu pun kena tiau jugak...manakala "pengantin baru" sibuk bersolek didalam bilik.
Siapa yang tak reti nak buat sibuk..memang keje yang dia orang kena buat ialah...sapu sampah keliling rumah...mop lantai...dan kerja-kerja buruh yang sewaktu dengannya.
Lebih kurang dalam pukul 12.30 tengahari,seluruh ahli keluaga dah pun bersiap untuk menunggu kedatangan pihak pengantin lelaki. Aku pula mempraktikkan "ilmu ghaib" yang dipelajari...sebab aku mendapat arahan untuk membaca doa selamat sebelum menuju kerumah pengantin. Ishhh bab membaca doa nielah yang buat lemah nie....bukannya tak reti...tapi...aku dah ler..."rockers"...karang mau ada yang buat undi tak percaya nanti.
Selepas sejam...demi jam..kami tunggu...hinggalah hampir ke pukul 3.30 petang.barulah rombongan pihak lelaki..perut dah pun pedih menahan lapar....dah pulak tue dalam pukul 4.30 petang nak turun kelaut.... "Akai ada ka...?" cakap aku dalam hati....macam nie pun boleh ambil mudah....geram betul aku dibuatnya...suruh orang bersiap awal....tapi datang lewat...
Kami semua pun "berconvoy" menuju kerumah pihak pengantin lelaki. Sampai disana aku lihat....wow begitu meriah sekali...dah lama aku tak tengok kenduri cara kampung...ada mainan serunai...bersilat.... lepas..satu..satu....asyik bersilat aje... Menu pula..amatlah menarik...semuanya juadah kampung....air nira...bubur kacang..dan lain-lain lagi...Aku pula tak berani nak makan banyak..sebab bimbang mabuk laut nanti... tengok dari jauh aje......
Selepas "memantau" semua pergerakan dan keadaan disana...aku pun bagi isyarat kepada kedua adikku....untuk beredar dari situ..