Sinar


Kiranya ku tahu kau kan muncul semula
Pasti ku tak memandang gapai selainnya
Hampir terluka
Parah di dalam
Fana tanpa erti
Hingga ku sedar
Apa di sisi
Pasrah dan belenggu


Pada sinar ku pastikan suluhnya
Agar dapat ku menentukan
Terang gelap jalanan
Dalam carian ini


Indah bicara menusuk tepat di dada
Pertama kali bagaikan terasa ada kesangsian
Namunku tabah untuk terus menghayati nilainya kiasan
Hingga ku sedar
Apa di sisi
Pasrah dan belenggu


Ku hamparkan segala di dalam harapan
Agar tiada
Lagi di sisi
Pasrah dan belenggu oh...


Ku laungkan
Bagai panah yang sasarnya merata

Impian...
Satu damai yang seia sekata
Walaupun halangan datang menggoda


Kiranya ku tahu kau kan muncul semula
Sinar pasti bererti...

‘Jangan cemar institusi raja’

Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini menasihatkan kerajaan baru negeri itu supaya menjaga adat istiadat, kesopanan istana pada setiap masa serta mempertahankannya daripada dicemari.

Titah baginda, ia adalah bagi menjalinkan hubungan yang baik antara raja dan kerajaan.
‘‘Menteri Besar yang baru hendaklah dapat menjadi jambatan penghubung yang berkesan, menghubungkan rakyat dengan rakyat dan rakyat dengan raja,’’ titah baginda.


Raja Dr. Nazrin bertitah demikian pada Mesyuarat Dewan Negara Perak Kali Ke-43 di Istana Iskandariah di sini.

Turut hadir Menteri Besar Perak yang baru, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.
Baginda bertitah, keharmonian hubungan raja dengan kerajaan adalah salah satu prasyarat untuk menjamin kestabilan sesebuah kerajaan dan kemakmuran sesebuah negeri.

Raja Dr. Nazrin bertitah, dalam pada itu raja dan istana adalah pelindung kepada adat dan kebesaran kerajaan yang sejarahnya di bumi ini bertunjangkan kerajaan Melayu.

Baginda bertitah, institusi raja yang merupakan sebahagian daripada sejarah dan sistem berkerajaan di bumi Melayu kekal relevan dan memenuhi peranan secara berkesan sepanjang masa dari zaman kolonial Inggeris membawa kepada era pascamerdeka yang memilih sistem kerajaan Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.




“Dalam setiap fasa waktu, institusi raja terus kekal, berupaya melakukan pengubahsuaian dari segi peranan dan pendekatan, berfungsi sebagai payung negeri tempat rakyat dapat bernaung, merupakan sumber keadilan, mengurniakan keampunan, menawarkan keistimewaan, tonggak keutuhan, gerbang kebebasan dan payung kehormatan,” titahnya.

Raja Nazrin menitahkan Orang Besar Jajahan menjadi mata dan telinga kepada Paduka Seri Sultan di jajahan masing-masing.
Untuk itu, titah baginda, kehadiran mereka di jajahan masing-masing secara fizikal adalah satu keperluan.

‘‘Berdamping eratlah dan serapat yang mungkin dengan rakyat dan berperananlah sebagai jambatan penghubung antara rakyat dan istana,” titah baginda.

Raja Nazrin Shah menyerahkan watikah pelantikan sebagai Menteri Besar kepada anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam.

Md. Isa angkat sumpah MB Perlis

Datuk Dr. Md. Isa Sabu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis ke-6 dalam satu istiadat di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Bilik Hijau, Istana Arau di sini petang ini.

Pelantikan Md. Isa, 62, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bintong dibuat setelah mendapat perkenan Raja Perlis yang mengetepikan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Istiadat tersebut sekali gus menamatkan kemelut perebutan jawatan itu antara Shahidan yang menerima watikah pelantikan sebagai Menteri Besar daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Md. Isa yang menjadi calon yang diterima oleh Raja Perlis.
Majlis yang berlangsung kira-kira 20 minit itu dimulakan dengan pegawai istiadat Istana Arau, Hamzah Abdullah membacakan surat cara pelantikan Md. Isa sebagai Menteri Besar Perlis.
Md. Isa yang menerima surat pelantikan daripada Raja Perlis diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Othman dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Abdul Rasid Sudin.
Beliau seterusnya membacakan surat ikrar taat setia sambil diapit oleh kedua-dua pegawai kanan tersebut sebelum menandatangani surat pelantikan pada pukul 5.40 petang.

Turut hadir ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan 14 ADUN yang memenangi pilihan raya 8 Mac lalu termasuk Rus’seli Eizan, wakil rakyat Simpang Empat daripada Pas.

Sementara itu, pada sidang akhbar selepas majlis tersebut, Md. Isa memberitahu pemberita, khabar angin mengenai pelantikan jawatan Menteri Besar tidak sepatutnya berlaku kerana Raja Perlis telah menggunakan bidang kuasanya mengikut Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.

Beliau berkata, isu itu sepatutnya selesai pada Jumaat lalu apabila Raja Perlis menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik seorang yang pada fikirannya mendapat kepercayaan majoriti ahli DUN.

‘‘Dalam pelantikan sebelum ini, Tuanku menggunakan undang-undang yang sama. Saya yakin dengan perlembagaan, cuma saya bimbang dengan keresahan rakyat.
‘‘Mengenai perbezaan pendapat atau politik yang berlaku, saya akan cuba menyatukan rakyat. Memang menjadi tugas pemimpin untuk mengatasi masalah ini dan saya akan usahakan,” ujarnya.

Ditanya mengenai barisan Exco yang baru, Md. Isa berkata, beliau akan berjumpa dengan Perdana Menteri di Putrajaya esok bagi menyerahkan cadangan senarai Exco.
‘‘Selepas saya berjumpa Perdana Menteri, senarai itu akan diumumkan dalam masa terdekat,” jelasnya.

RASMI... Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail mengurniakan watikah pelantikan kepada Dr. Md. Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis di Istana Arau, Perlis




Daulat Tuanku! Rakyat Perlis Menjunjung Kasih Di atas Perkenan Perlantikan Menteri Besar Yang Baru





Inilah kediaman Menteri Besar Perlis yang baru

SurgaMu


Segala yang ada dalam hidupku

Kusadari semua milikMu

Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa


Tunjukkan aku jalan lurusMu

Untuk menggapai SurgaMu

Terangiku dalam setiap langkah hidupku



Karena…

Kutahu…

Hanya kau…

Tuhanku…


Allahu Akbar

Allah Maha Besar

Ku memujaMu di setiap waktu


Hanyalah padaMu

Tempatku berteduh

Memohon ridho dan ampunanMu



Tunjukkan aku jalan lurusMu

Untuk menggapai Surga Mu

Terangiku dalam setiap langkah hidupku



Karena…

Kutahu…

Hanya Engkau…

Tuhanku…



Hanyalah kepadaMu

Tempatku berteduh

Memohon ridho dan ampunanMu



Jauh Perjalanan Luas Pemandangan Pt 6 Day 3 (Finale)

Oleh kerana tahap kesihatan diriku tidak memuaskan…siapa tahu samada aku bisa mengakhiri kisah hidupku ini….aku cuba habiskan apa yang termampu…maaf ya..mungkin tak dapat share dengan anda yang mengikuti kisah hidupku yang tak seberapa ini.

Selepas makan…kami sambung semula aktiviti memancing hinggalah lewat senja…. Pada waktu itu, bot kami mula mencari tempat untuk berlabuh kira-kira berhampiran juga dengan pulau Lipe. Kami juga mengambil kesempatan melihat “sunset”…menikmati keindahan ciptaan Allah SWT Yang Maha Esa.

Kemudian aktiviti memancing diteruskan..hinggalah lewat pagi…..diikuti acara mencandat sotong. Berjuta-juta tembikai dibuatnya….namun hanya beberapa ekor saja yang mahu menjamah “udang” yang diumpan oleh kami. Sewaktu sotong mula bermain ditepi bot..hanya aku seorang saja yang berjaga. Yang lain semuanya nyenyak dibuai mimpi…..

Selepas bertapa di hadapan bucu bot dibawah bintang dan kedinginan angin laut..aku kejutkan adikku memberitahu yang sotong dah pun dating…bila dia bangun diikuti dengan beberapa orang yang lain..aku pun masuk kekabin tidur..hinggalah awal pagi….

Bila aku terjaga dari tidur….kapal sudah pun berlabuh betul-betul dia atas tempat kapal karam..dimana kami mencuba untuk menaikan “kertang” pula….Ikan sberat 200 kilogram. Aku pun turut membantu Uncle Syed Malik menyiapkan peralatan yang diperlukan… setelah selesai..kami pun lepaskan umpan tersebut kedasar laut dengan harapan mengena…..walaupun umpan yang diletakkan bukanlah umpan yang sesuai untuk ikan tersebut…

Setelah hampir 30 minit….masih tiada hasil..lalu kami pun mengangkat jorang…bersiap untuk pulang ke Pulau Adang…..


Memburu Kertang Seberat 200 kilogram

Saiz tali yang digunakan


Lihatlah saiz tali perambut yang digunakan yang boleh menahan berat 3000 paun


Saiz spreader yang diguna...stainless steel. Dibuat khas.



Saiz batu ladung stainless steel yang ditempah berat 3.5 hingga 7 kilogram setiap satu


Baling orang pun mampus nie....


Saiz mata kail.

Umpan yang digunakan...

Habis semuanya..talu diikat pada pangkal bot...kalau ikan sambar umpan kapal
akan bergoyang sikit..tak pun senget sebelah...tu yang buat aku takut...

Biar Putih Tulang

Langkah terhenti
Terus menanti seribu tahun lagi
Rela aku begini Dalam suasana yang sepi
Walaupun tersembunyi di malam gelap gelita
Mendung hadiri
Bumbung telah ku bina
Yakin diri ku
Tahu engkau menjelma
Terbakar dalam hujan
Mustahil bagi diri ku
Banjir dalam kemarau
Takdir yang akan memastikan
Hajat di hati ku
Ingin mencapai bintang
Biar beribu batu
Daya aku tak mampu
Patah pujangga
Biar putih tulang
Jangan putih mata dan kecewa
Biar pun hilang kemana pun jua
Namun semangat ku tetap bersama mu