Ketulusan hati

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah

Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nustapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

*published for Abg Zaim

Sirih Pulang Keganggang

Sirih Pulang Keganggang…itulah ungkapan yang diberikan kepadaku apabila pulang ke tanah tumpah tempat aku dibesarkan. Setelah sekian lama berada di perantauan akhirnya aku mengambil keputusan untuk kembali ke kampong dengan membawa harapan yang amat besar. Buat kawan-kawan yang berada diluar sana, saya harap anda semua faham akan keadaan diriku sekarang..pulangku ke sini bukannya bermakna kita putus di sini…. Jauh Dimata Dekat Di hati…
Hanya Allah SWT sahaja tahu apa yang tersurat dan tersirat didalam hati ini.
Sebagai permulaan disamping menerima pelbagai tawaran bekerja disini…aku telah membuat keputusan untuk membangunkan sebidang tanah milik bondaku yang keluasannya 2 ekar dengan membina kolam ikan air tawar kerana minatku didalam bidang pertanian sememangnya tidak dapat lari dalam hidupku.

Setelah membuat perbincangan dengan kontraktor akhirnya kerja-kerja membina kolam dilakukan. Bila aku amati betul-betul, sememangnya kolam yang aku bina ini amatlah besar. Ramai penduduk setempat datang menyaksikan kerja-kerja tersebut. Pelbagai soalan diajukan kepadaku. Aku hanya senyum bila diajukan soalan-soalan tersebut.

Dalam banyak-banyak orang datang pula kenalan kepada keluargaku membuat tawaran kepadaku untuk membekalkan hasil ikan kepada mereka dengan harga yang berpatutan. Malah mereka menawarkan bantuan teknikal , benih serta makanan yang diperlukan. Aku memberitahu yang kolam ini masih lagi dalam proses pembuatan. Apabila siap nanti aku akan consider balik tawaran tersebut.

Insya’Allah apabila semuanya selesai, aku akan kongsi bersama kawan-kawan mengenai hasil daripada kolam tersebut.






Ahli keluarga baru! baru keluar lihat dunia!

Kesiannya dia...ngantuk sangat nie!

Fellowship of The Rims

Pada 15hb Mac yang lalu...PARC (Perlis Amatuer Radio Club) telah mendapat jemputan untuk membantu menjayakan acara Fellowship Of The Rims yang dianjurkan oleh pihak Universiti Utara Malaysia bertempat di Sintok. Acara yang dipertandingkan sempena minggu konvokesyen ialah perlumbaan mountian bike bagi kategori off-road.

PARC di minta membantu pihak urusetia didalam bidang komunikasi iaitu disamping membekalkan peralatan walkie-talkie tetapi bertindak juga sebagai pasukan bantuan sekira berlakunya kecemasan. Pertanndingan yang julung kali diadakan mendapat perhatian serta sambutan yang menggalakkan dikalangan pelumba-pelumba yang mengambil bahagian..baik dari kalangan pelajar...hinggalah kepada jemputan dari luar negara.

Dari awal pagi, kami telah pun tiba di kawasan pelepasan bagi menyedia peralatan yang diperlukan sebelum acara bermula. Tugas pertama yang kami lakukan ialah memasang pemancar sementara bagi memboleh setiap kawasan yang dilalui oleh perserta mendapat liputan rangkaian. Ini membolehkan para petugas dapat berhubung diantara satu sama lain menggunakan walkie talkie tanpa menghadapi sebarang masalah.

Seramai 7 orang wakil daripada PARC termasuk aku datang membantu pihak UUM. Ketika acara bermula..para peserta sudah pun menghadapi berbagai masalah baik dari segi fizikal dan juga mental. Apa yang menyediahkan lagi pihak penganjur tidak memberikan penerang terperinci mengenai laluan...check point yang bakal dilalui.

Hinggakan para peserta sesat serta mengalami kemalangan akibat laluan yang merbahaya oleh kerana tiada papan amaran disediakan. Petugas check point pun boleh bertanya kepadaku akan laluan yang perlu dilalui sedangkan mereka sendiri adalah penganjur. Kami yang datang hany asekadar membantu tidak berbuat apa-apa kerana tiada penerangan diberikan sebelum bermulanya perlumbaan.

Sehingga lewat tengahari masih lagi terdapat lebih 40 peserta tidak sampai kegarisan penamat. Kami difahamkan juga terdapat beberapa pelumba jatuh kedalam gaung. Kami hanya mampu memberi nasihat kepada pihak penganjur agar dapat melakukan persiapan awal sekiranya ingin menganjurkan pertandingan seperti ini. Ini adalah kerana tiada parsukan perubatan serta petugas yang mencukupi ketika berlangsungnya acara.

Selepas acara tamat (kami semua pulang awal) kami pun terus pulang dengan membawa seribu doa agar semua pelumba yang belum tiba berada didalam keadaan selamat.

Pancing Sotong!

Di dalam tripku ke Koh Adang tempohari....kami juga mengambil kesempatan memancing sotong.....kalau di Malaysia..kita mencandat sotong disebelah malam, tapi disini amalan menangkap sotong dijalankan diwaktu siang....kalau disebelah malam pula selalunya sotong ditangkap dengan menggunakan pukat.

Hanya berbekalkan rod yang menggunakan spinner yang kecil serta umpan "udang" tiruan yang beratnya 3.5 gram sudah mencukupi untuk aktiviti ini.

Kami memulakan aktiviti ini pada sebelah petang iaitu jam 3.30 petang....dengan diiringi oleh tekong yang berpengalaman....namanya Man, kami memulakan operasi memburu sotong pada hari itu.

Apabila sampai ditempat yang dipercayai menjadi lubuk sotong....kami pun melontar umpan kelaut...tidak sampai 2 minit..umpan sudah pun disambar sotong....memang mengasyikkan...

Disini disertakan gambar untuk tatapan kawan-kawan sekalian....enjoyyyyyyy...




YOU ARE LOVED

Don't give up

It's just the weight of the world

When your heart's heavy

I...I will lift it for you


Don't give up

Because you want to be heard

If silence keeps you
I...I will break it for you



Everybody wants to be understood

Well I can hear you

Everybody wants to be loved

Don't give up


Because you are loved

Don't give up

It's just the hurt that you hide

When you're lost inside


I...I will be there to find you

Don't give up

Because you want to burn bright

If darkness blinds you


I...I will shine to guide you

Everybody wants to be understood

Well I can hear you

Everybody wants to be loved


Don't give up

Because you are loved

You are loved

Don't give up


It's just the weight of the world

Don't give up

Every one needs to be heard

You are loved